Carian
Ini Adalah 3 Sebab Mengapa Anda Tidak Perlu Bertukar Kepada RON97
February 8, 2021 Lina Rosli

Ini Adalah 3 Sebab Mengapa Anda Tidak Perlu Bertukar Kepada RON97

Setiap kereta mempunyai nisbah pemampatan minimum yang telah ditetapkan. Oleh itu, penggunaan bahan bakar yang bersesuaian adalah penting untuk memastikan penghasilan kuasa yang optimum. 

Untuk mengetahui jenis RON yang perlu digunakan, anda boleh melihat dan memeriksa penutup bahan bakar untuk mendapatkan maklumat mengenai peringkat oktan minimum untuk kenderaan bermotor masing-masing.

white car parked in front of red and white building during night time

Secara amnya, bahan bakar dengan pemeringkatan oktan yang lebih tinggi seperti RON97 digunakan pada enjin mampatan tinggi yang mempunyai prestasi lebih tinggi. 

Sementara untuk kereta biasa, anda disyorkan untuk menggunakan RON yang lebih rendah seperti RON95.

Apa itu RON?

Sebelum itu, RON atau lebih dikenali sebagai Research Octane Number adalah paras atau indikator yang mana digunakan untuk mengukur daya tahan bahan api pada enjin pembakaran dalaman sebelum nyalaan palam pencucuh berlaku.

Di dalam sistem pembakaran enjin, campuran udara dan petrol yang akan dimampatkan dan dimasukkan ke dalam silinder. Kemudiannya, ia akan dibakar dengan percikan elektrik daripada palam pencucuh untuk menghasilkan kuasa.

Angka RON yang lebih tinggi di dalam petrol akan akan menghasilkan tekanan yang lebih tinggi dan disarankan untuk digunakan pada mesin yang mempunyai nisbah pembakaran yang lebih tinggi serta menggunakan tenaga super atau turbocharge untuk memaksa lebih banyak udara masuk ke dalam mesin.

Adakah RON97 akan memberikan prestasi dan kilometer yang lebih baik untuk kereta biasa?

Jawapannya, tidak. Angka RON yang tinggi sebenarnya tidak menambah kuasa pada kereta biasa. Hal ini kerana, kandungan elemen atom kCarbon-Hidrogen dalam kedua dua petrol adalah sama.

Individu sering salah faham dengan penggunaan RON pada kenderaan biasa. Mereka sering menganggap yang mana kecekapan bahan bakar atau prestasi kuasa yang lebih baik dapat ditingkatkan dengan menggunakan bahan bakar oktan yang lebih tinggi. Hakikatnya, sekiranya kereta anda tidak dibuat untuk menggunakan RON97, penggunaan RON97 tidak akan meningkatkan prestasinya.

Namun, bagi anda yang menggunakan kereta berprestasi tinggi, mengisi kenderaan dengan nilai oktan lebih rendah akan menyebabkan berlakunya knocking atau senario yang mana akan merosakkan enjin kereta dalam jangka masa panjang.

Mengapa Anda Tidak Perlu Bertukar Kepada RON97?

Untuk kenderaan biasa, RON97 tidak menghasilkan prestasi yang lebih baik kepada kenderaan anda jika dibandingkan dengan RON95. Namun, ia juga tidak menjadi masalah untuk anda menggunakan RON97. 

Tetapi, apa yang perlu anda tahu adalah, jika menggunakan angka RON yang lebih tinggi untuk kereta biasa:

Meningkatkan Kos Bahan Bakar

Oktan yang lebih tinggi membawakan harga yang lebih mahal. Ia disebabkan penggunaan komponen bahan bakar yang meningkatkan peringkat oktan lebih mahal untuk dihasilkan. 

Malah, untuk kereta berprestasi tinggi, penggunaan RON ini dikatakan mengurangkan kekerapan untuk mengis. Namun, ia tidak untuk kereta biasa yang mana angka RON ini tidak memberikan kesan kepada kilometer dan jarak perjalanan.

RON95 Bukanlah Petrol Yang Tidak Berkualiti

Hanya kerana RON95 dijual dengan harga yang lebih murah tidak bermaksud ia ia tidak berkualiti. Apa yang membezakannya adalah jenis bahan bakar yang memenuhi keperluan enjin tertentu.

Pemanduan Di Bandar Yang Tidak Memerlukan Kuasa Yang Tinggi

Sekiranya anda menggunakan kereta untuk pergi ke pejabat dan pulang ke rumah, penggunaan RON 95 adalah memadai. Untuk penggunaan kelajuan sekitar 90km/j hingga 110km/j, RON 95 mencukupi untuk menghasilkan kuasa yang diperlukan.

Sumber: Comparative Gasoline

Komen