Tips Untuk Membersihkan Kasut Putih – Tanpa Meninggalkan Kesan Kuning
Untuk penggemar barangan berwarna putih, sudah tentu langkah untuk memastikannya kekal putih dan bersih adalah sukar. Lebih-lebih lagi untuk item atau barangan yang paling terdedah kepada kotoran seprti kasut.
Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda tips untuk membersihkan kasut tanpa meninggalkan kesan kuning.
Kasut Putih Jenis Kulit
Untuk kasut putih jenis kulit, anda perlu berhati-hati dalam pemilihan berus.
Elakkan daripada penggunakan berus yang kasar dan keras. Hal ini kerana ia akan merosakkan tekstur kulit sekaligus menjadikan kotoran lebih sukar untuk dihilangkan.
Caranya:
- Lap kasut menggunakan tisu basar atau tuala pembersih yang. telah direndamkan dengan air.
- Kemudian, sediakan larutan seperti soda penaik dan sabun pencuci dan ditambahkan dengan air.
- Celup kain atau tisu tersebut ke dalam campuran dan seterusnya lap ke kawasan yang kotor perlahan-lahan sehingga hilang kesan kotor.
- Manakala untuk bahagian tapak, guna berus halus dan bersihkan menggunakan campuran tadi.
- Bilas dengan air dan pastikan kesemua sabun telah dihilangkan dengan baik.
Kasut Putih Jenis Kain
Sementara untuk jenis kain, anda boleh rendamkannya sekitar 30 hingga 40 minit. Pastikan anda menanggalkan tali kasut atau sebarang aksesori lain pada kasut sebelum mula memberus.
Bahan yang diperlukan di dalam air campuran tersebut adalah air suam, sabun dan peluntur.
Cara membersihkan:
- Celupkan kain microfiber atau berus ke dalam larutan dan gosokkannya pada bahagian dalam dan luar kasut.
- Bersihkan perlahan-lahan permukaan kasut dengan sehingga kotoran dapat ditanggalkan.
- Anda juga boleh menggunakan ubat gigi sewaktu pembersihan kedua sebelum dibilas dengan air bersih.
- Pastikan bilasan dan cucian terakhir telah menghilangkan segala larutan dan bahan pencuci pada kasut.
- Letakkan kasut dan tali di bawah sinar matahari selama 3 hingga 4 jam atau sehingga kering. Semakin cerah matahari dan cuaca semakin panas, kasut anda akan semakin putih dan cerah.
Berikut adalah dua tips yang boleh anda praktikkan bagi mendapatkan kasut yang putih dan bersih tanpa meninggalkan kesan kuning pada kasut putih anda. Selamat mencuba!