PUMA Running Kini Kembali – Lebih Ringan, Lebih Pantas, Lebih Bebas
Bagi anda yang mencari kasut untuk bersukan dan berlari yang terbaru, nampaknya anda kini boleh menambah satu lagi jenama dibawah senarai berikut PUMA dilihat telah menampilkan koleksi terbaru untuk siri Running.
Jenama ini dilihat hadir dengan empat kunci utama dalam satu model iaitu Deviate, Velocity, Liberate, dan Eternity untuk setiap kasut mereka. Malah, PUMA juga menampilkan teknologi cutting-edge supercritical foam NITRO bagi memastikan keselesaan dan kesempurnaan sewaktu memakainya kerana ianya lebih ringan untuk dibawa berlari.
Tidak ketinggalan juga, koleksi PUMA Running baru ini merangkumi rekaan kasut khusus untuk pelari wanita. Ia. hadir dengan konsep SPARK CHANGE yang membawa maksud perubahan dalam untuk aktiviti yang dilaksanakan.
Bersama-sama dengan pelancaran kasut, PUMA berkolaborasi dengan Women Win dan para atlet dibawah PUMA menawarkan sumbangan kepada yayasan yang bertujuan untuk memajukan wanita dalam sukan.
Untuk mendapatkan produk terbaru dari PUMA ini, anda boleh mula mendapatkannya di laman rasmi, rangkaian kedai PUMA dan peruncit terpilih di seluruh dunia.