Carian
Baru Pindah Rumah Baru? Ini Adalah Jenis Perbelanjaan Yang Patut Anda Tahu
March 8, 2021 Lina Rosli

Baru Pindah Rumah Baru? Ini Adalah Jenis Perbelanjaan Yang Patut Anda Tahu

Untuk anda yang baru berpindah ke rumah baru, pastinya anda perlu hadir dengan bajet perbelanjaan yang baru. Terdapat beberapa perkara penting yang akan anda tambah dalam bajet bulanan anda. Ia termasuk kos utiliti, barangan dapur, servis penyelenggaraan dan banyak lagi.

black and silver calculator beside black pen

Jadi untuk mengimbangi belanja dan simpanan anda setiap bulan, anda perlu mengetahui apakah perkara utama yang perlu anda fokuskan dan bagaimana untuk mengurangkan risiko belanja yang terlampau tinggi.

Oleh itu, Tajria hari ini ingin membantu anda mengurus dan mengimbangi perbelanjaan rumah.

Kenali Perbelanjaan Jangka Masa Pendek

Jika anda berpindah ke rumah baru, anda pastinya akan memerlukan beberapa servis seperti sewa lori untuk pemindahan barang, mendapatkan perabot baru dan banyak lagi.

Jadinya, senaraikan barangan dan juga perkhidmatan yang anda perlukan bagi melengkapkan rumah anda. Dengan ini, anda boleh meletakkan sesuatu bejt untuk anda belanjakan. Untuk mengurangkan kos tersebut, anda boleh mengagihkan belanja mengikut bilik atau ruang. Jadinya, tidaklah anda perlu membelanjakan wang terlalu besar untuk satu-satu masa.

Asingkan Belanja Untuk Bayaran Deposit

Bukan itu sahaja, anda juga perlu mengasingkan belanja untuk bayaran deposit seperti deposit kontraktor, deposit untuk utiliti dan banyak lagi. Deposit adalah kos yang mana ia akan memegang wang anda untuk satu-satu tempoh masa. Ia juga memerlukan kumpulan wang yang besar. Jadinya, anda perlu mengumpul dan mengasingkan wang yang mencukupi untuknya. 

black scientific calculator, orange, and notebook on table

Catat Dan Senarai Kos Bulanan

Semasa menambahkan perbelanjaan bulanan rumah, ketahui kos dan juga bajet yang akan anda belanjakan untuk setiap bulan. Caranya, tulis dan ketahui jumlah pendapatan, perbelanjaan dan hutang anda setiap bulan. Setelah anda mempunyai maklumat tersebut, anda boleh membuat rancangan kewangan yang sesuai untuk keluarga anda.

Sediakan Wang Kecemasan

Wang kecemasan amat penting dalam menampung perbelanjaan yang tidak dijangka seperti paip pecah, kerosakan pada sistem lampu di rumah dan lain-lain. Semasa membeli rumah, pastikan anda membuat anggaran untuk penyelenggaraan dan pembaikan rumah yang tidak dirancang.

Simpan sekitar antara 10 dan 15 peratus dari jumlah belanja rumah anda untuk kos penyelenggaraan dan pembaikan pencegahan tahunan. Sebagai contoh, simpan RM20 daripada RM200 setiap bulan supaya tidak berlaku komplikasi lain.

Jadi, ini adalah beberapa panduan pengurusan kewangan yang boleh anda cuba praktikkan. Lebih-lebih lagi untuk anda yang baru bekeluarga. Semoga ia memberi manfaat untuk anda dan pasangan. Selamat mencuba!

 

Komen