Cara Mohon Pulangan Item Di Shopee – Jika Telah Sahkan Pesanan Diterima
Pernahkah berlaku keadaan di mana anda telapun mengesahkan penerimaan barangan Shopee dan kemudiannya anda mendapati bahawa terdapat kecacatan atau kerosakan kepada barangan yang dipesan?
Jika ya, apakah kaedah pulangan item yang biasanya anda lakukan?
Bagi anda yang tidak jelas akan cara pemulangan item ini dilakukan, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda cara atau langkah yang boleh anda lakukan bagi membuat permohonan pulangan item dan bayaran balik (return and refund) kepada Shopee.
Secara umumnya, Shopee tidak membenarkan pemulangan atau pengembalian wang untuk pesanan yang telah selesai. Lebih-lebih lagi apabila telahpun mengesahkan dan klik butang “Pesanan Diterima”.
Adakah cara lain untuk membuat permohonan pengembalian item?
Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan bagi memohon untuk pengembalian item. Berikut adalah langkah seterusnya yang boleh anda lakukan mengikut senario:
Pesanan tidak diterima atau hilang
- Pertama, sediakan dokumen yang relevan dan sah untuk diserahkan kepada Shopee Customer Service. Dokumen itu termasuk maklumat pembelian, tangkapan skirn untuk barangan yang dibeli dan lain-lain.
- Proses ini harus dilakukan dalam masa 14 hari sejak anda menerima pesanan.
- Pastikan anda tuntutan untuk barang yang hilang dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh status penjejakan pertama dikemas kini.
- Emelkan kesemua dokumen ini kepada Shopee Customer Service.
Pesanan rosak dalam perjalanan penghantaran
- Sama seperti barangan yang hilang, pastikananda menyediakan dokumen yang lengkap untuk tuntutan. Anda juga boleh bertanya kepada penjual atau kurier yang menghantar untuk maklumat lanjut.
- Sebaiknya, anda hendaklah mengemukakan tuntutan dalam masa 5 hari bekerja dari tarikh dihantar.
- Sediakan dokumen sokongan seperti waybill dan gambar bungkusan yang rosak.
- Emelkan kesemua dokumen ini kepada Shopee Customer Service.
Terdapat beberapa tuntutan yang tidak dibenarkan mendapat pembayaran balik. Berikut adalah jadual untuk rujukan penjual dan pembeli sewaktu melakukan tuntutan.
Pesanan yang salah / tidak lengkap yang diterima
Bagi pesanan yang salah, anda boleh hubungi penjual secara langsung melalui. tetingkap sembang. Berbincang dengan penjual untuk kes pemulangan dan penukaran barang.
Persediaan Sewaktu Menerima Barang
Apa yang perlu anda lakukan adalah:
- Pastikan setiap kali terima barang, rakam video sebelum mula membuka dan mengoyakkan bungkusan. Hal ini bagi dijadikan sebagai bukti yang paling baik untuk diserahkan kepada pihak khidmat pelanggan Shopee.
- Periksa bungkusan anda sebelum mengklik “Pesanan Diterima”. Ia kerana pembayaran akan dilakukan kepada penjual dengan serta-merta dan Shopee tidak dapat memproses permintaan pengembalian atau pengembalian wang.
- Pastikan anda berhubung dengan penjual untuk sebarang kemaskini untuk pembelian yang melibatkan dengan kuantiti banyak atau berisiko untuk rosak.
Semoga tips ini bermanfaat dan boleh membantu anda menyelesaikan masalah pemulangan kembali barangan dengan lebih mudah dan efisien. Selamat mencuba!