Carian
Penciptaan Beg Kertas Bawah Rata Dicipta Oleh Wanita
February 9, 2021 Lina Rosli

Jika anda beli makanan di McDonalds’ pernahkah anda melihat beg kertas yang digunakan mereka? Ya, beg kertas yang mana bawahnya rata bagi memudahkan anda meletakkan makanan atau barang tanpa menyebabkan ia tertumpah.

Tahukah anda siapa yang menciptanya?

Jika tidak hari ini Tajria akan berkongsi kepada anda asal usul beg kertas ini dan bagaimana idea ini boleh digunakan secara meluas?

Asal Usul Idea Beg Kertas Bawah Rata

Idea ini diperkenalkan oleh seorang wanita yang juga merupakan pekerja kilang di kilang Columbia Paper Bag di Massachusetts yang bernama Margaret Knight. Beliau membuat beg kertas menggunakan tangan (tanpa mesin) dengan harga juala sekitar $1.50 hingga $3.50 seminggu untuk 10 jam bekerja.

Pada ketika itu, beg tersebut kelihatan seakan sampul surat. Pada pendapat beliau, rekaan beg kertas itu agak terhad dan menyukarkan individu untuk meletakkan barang di dalamnya kerana ia mempunyai sisi yang nipis dan akan mengembang apabila meletakkan barang.

Daripada situ mulanya idea, alangkah baiknya jika beg kertas mempunyai tapak yang rata. Hal ini kerana, ia akan kelihatan lebih kemas dan mudah untuk meletakkan barang.

Namun, terdapat kekangan dalam bentuk tenaga kerja dan kos operasi. Ia memerlukan pekerja untuk melipat dan melekapkan bahagian bawah beg. Oleh itu, Margaret Knight hadir dengan sebuah mesin yang dinamakan Knight yang membolehkannya melipat dan menempelkan bahagian bawah beg kertas secara automatik.

Pinterest: Mesin Knight

Pada mesin tersebut, Knight meletakkan gear yang memudahkah pemusingan kertas dalam memotong, melipat dan melekatkan semua jahitan itu bersama.

Bagaimana Ia Mula Meluas?

Margaret Knight menubuhkan Syarikat Easten Paper Bag pada tahun 1870 yang mana mengeluarkan beg kertas untuk industri makanan. Selepas menang dalam perang paten pada tahun 1871, Margaret Knight telah berjaya mendapat royalti dan juga saham untuk syarikatnya sehingga $25,000. 

Namun, beliau memutuskan untuk menutup syarikat itu dan membuat perniagaan yang lain. Mesin melipat beg kertas ini mula diperluaskan dan ditambah-baik oleh ramai individu.

Pada tahun 1883, Charles Stilwell mempatenkan mesin yang membuat beg kertas persegi dengan sisi lipit, menjadikannya lebih mudah untuk dilipat dan disimpan.

Manakala pada tahun 1912 pula, Walter Deubener telah menambah baik beg kertas ini dengan meletakkan tali untuk memudahkan ia dibawa dan dipegang ketika berjalan. Beliau menamakan ciptaan ini sebagai Shopping Bag Deubener yang menjadi sangat popular pada tahun 1915. Penggunaan. beg ini mencapai jualan sehingga lebih dari satu juta beg setahun.

brown Zara paper bag

Seperti yang anda lihat kini, beg kertas dengan tali ini sangat sinonim dan digunakan oleh kebanyak industri. Menjadi standard dalam bidang peruncitan, kebanyakan pekedai dan jenama kini menambah logo dan jenama selain menjadikannya lebih menarik dan bersifat peribadi.

Populariti beg kertas ini dilihat disebabkan penglibatan jenama mewah seperti Dior dan Louis Vuitton yang mana dilabelkan sebagai penyataan gaya. Ia. disebabkan beg kertas ini menjadi item untu mengiklankan jenama mereka secara percuma. Dengan hanya mencetak logo jenama, beg kertas ini telah mengubahnya menjadi iklan berjalan.

Sumber: Paperbagku.com, WednesdayWomen

Komen