Sotong Goreng Tepung Mudah, Rangup dan Sedap

Kandungan kalori: 300 kcal (untuk hidangan sebanyak 120 gram)
Tempoh penyediaan bahan-bahan: 20 minit
Tempoh memasak: 20 minit
Saiz hidangan: 2 orang
Bahan-bahan:
- 10 ekor sotong saiz sederhana besar, dibersihkan dan dipotong bulat
- 2 biji telur, dipukul
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu kecil sos ikan thai
- 2-3 sudu besar serbuk kari ikan, jumlah mengikut citarasa dan tahap kepedasan (saya gunakan jenama Adabi)
- 3 sudu besar tepung beras
- 2 sudu besar tepung gandum
- serbuk lada hitam secukup rasa
- sedikit garam dan gula
- minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan:
- Bersihkan sotong yang telah dipotong dan toskan sehingga kering.
- Campurkan telur yang dipukul dengan sos tiram, sos ikan thai, serbuk kari ikan, sedikit lada hitam dan gula. Perapkan sotong dengan bahan-bahan ini sebentar.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Dalam mangkuk yang lain, campurkan tepung beras, tepung gandum, serbuk kari ikan, serbuk lada hitam dan garam.
- Salutkan sotong yang telah diperap sebentar tadi dengan sebatian tepung dan gorengkan dalam minyak yang panas. Gorengkan sotong sehingga salutan tepung kelihatan rangup dan berwarna keemasan.
- Angkat dan sedia dihidangkan bersama-sama sos cili thai.
Nota: Lebihkan serbuk kari ikan dalam perapan dan salutan tepung sekiranya anda sukakan sotong goreng tepung yang pedas.