Carian
Bahan Ini Berfungsi Melegakan Keradangan – Turut Hadir Dengan Agen Antioksidan  
February 10, 2021 Lina Rosli

Berikut adalah beberapa bahan semula jadi yang boleh anda amalkan dalam diet anda. Walau bagaimanapun, penting untuk anda memahami bahawa suplemen herba atau makanan berasal dari sumber semula jadi tidak selalu lebih selamat atau lebih baik untuk kesihatan anda.

Ada juga sesetengah kes yang mana makanan dan herba mungkin mengandungi puluhan sebatian kimia. Pengambilan ini perlulah dirujuk kepada pakar kesihatan bagi mendapatkan informasi yang lebih tepat.

Halia dan Kunyit

Halia dan kunyit adalah antara bahan yang. paling banyak digunakan di dalam masakan. Ia bagi menambah rasa untuk setiap hidangan dan anatar bahan yang banyak digunakan dalam masakan Cina dan India.


Untuk pengetahuan anda, halia adalah bahan semula jadi yang kaya dengan antioksidan dan juga berupaya dalam mencegah tekanan dan kerosakan pada DNA badan anda. Mereka dapat membantu tubuh anda melawan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit paru-paru.

Sama seperti halia, pengambilan kunyit di dalam masakan dapat membantu memperbaiki gejala kemurungan dan artritis. Walau bagaimanapun, kurkumin pada kunyit tidak boleh diserap dengan baik ke dalam aliran darah. Akibatnya, pengambilan ini mungkin tidak memberi anda manfaat anti-radang dan antioksidan yang diinginkan.

Ceri

Ia juga memiliki jumlah antioksida yang tinggi yang mana dikenali sebagai antosianin. Menurut kajian, ceri dapat mengurangkan tahap keradangan selain melindungi daripada sakit arthritis. 

Minuman jus ceri juga mengurangkan gejala kerosakan otot di kalangan lelaki yang bersenam. Selain ceri, anda juga boleh mendapatkan antosianin ini pada buah seperti beri hitam, raspberi dan strawberi.


Kacang

Tidak dinafikan, kacang mempunyai kadar protein yang tinggi, rendah lemak dan tidak mengandungi kolesterol. Malah, almond dan walnut adalah sumber asid lemak omega 3 dan antioksidan yang membantu dalam mengawal kesakitan. 

Oleh itu, tambahkan kacang ke dalam hidangan anda seperti ke dalam salad dan dijadikan sebagai snek sewaktu bekerja.


Yogurt

Terdapat satu kes yang mana yogurt membantu dalam melegakan keradangan usus. Ada kajian juga menyatakan yogurt mengandungi bakteria yang boleh mengurangkan rasa sakit, radang dan kembung perut.

Protein yogurt dan probiotik seperti Lactobacillus bulgaricus dan Streptococcus thermophilus, mempunyai peranan anti-radang dan imunomodulator. Dalam beberapa kajian intervensi, penggunaan yogurt setiap hari terbukti dapat mencegah perubahan mikrobiota usus, akibat yang biasa dari penggunaan opioid kronik.


Ikan Kembung, Bilis, Sardin, Tuna 

Ikan ini mengandung asid lemak omega-3 yang mempunyai sifat anti radang. Penyelidik satu kajian menunjukkan bahawa pengambilan 1,200 hingga 2,400mg sehari boleh mengurangkan rasa sakit radang dengan cara yang setanding dengan ibuprofen.

Maka tidak hairanlah kebanyakan suplemen yang ada di pasaran menawarkan minyak ikan-ikan ini bagi membantu merawat dan melegakan kesakitan. Menurut Yayasan Artritis, amalkan diet dengan menu ikan ini dua kali atau lebih dalam seminggu bagi melindungi jantung dan mengurangkan keradangan.

Sumber: MDLinxEveryday HealthAARPHealth Cleveland Clinic

Komen