Carian
Asal Usul Peluntur – Bagaimana Clorox Bangkit Dari Hampir Gagal?
February 15, 2021 Lina Rosli

Asal Usul Peluntur – Bagaimana Clorox Bangkit Dari Hampir Gagal?

Seperti yang ramai tahu, peluntur ini biasanya digunakan sebagai pemutih dan juga pembasmi kuman. Ia mengandungi bahan seperti natrium hipoklorit yang bertujuan untuk menguraikan protein dalam mikro-organisma dan oleh itu berkesan untuk membunuh bakteria dan kulat.

white and blue plastic bottle

Peluntur ini kebiasaannya digunakan oleh kebanyakan isi rumah kerana ia mudah untuk didapati selain ditawarkan pada harga yang murah. Namun, pernahkah anda terfikir daripada mana asalnya peluntur dan bagaimana ia mula berkembang di serata dunia?

Sejarah Penghasilan Peluntur

Sejak abad 3000 SM lagi, masyarakat pada zaman itu telah mula menggunakan peluntur atau pemutih bagi membersihkan pakaian mereka. Ia mula ditemui oleh orang Mesir yang mana mereka mencampurkan abu kayu dan air bersama-sama untuk membuat larutan lye.

Mereka merendam pakaian mereka dalam larutan untuk jangka masa yang singkat sebelum meninggalkannya di bawah sinar matahari. Hal ini kerana, jika ia dibiarkan lama terendam, ia cenderung untuk menghancurkan dan mereputkan baju.

Selepas itu, pada abad sekitar 1000 dan 1200-an, Belanda hadir dengan larutan yang ditambahbaik. Ia hadir dengan inisiatif dalam memperbaiki dan melembutkan pakaian yang telah rosak dengan menggunakan susu masam sebagai bahan utama. Walau bagaimanapun, proses ini memerlukan masa lapan minggu untuk ia kering dan kelihatan seperti baru. 

Dalam proses ini, kain tersebut akan direndam dalam larutan pewarna selama beberapa hari, kemudian dicuci bersih. Seterusnya, kain tersebut akan dibentangkan di rumput selama berminggu-minggu pada satu masa dan prosesnya akan diulang selama lima atau enam kali sehingga mencapai keputihan yang diinginkan tercapai. 

green and brown trees near white and gray house during daytime

Memasuki era tahun 1700-an, seorang saintis bernama Francis Home mendapati bahawa menambahkan asid sulfurik yang lemah boleh menghasilkan kain yang bersih dan putih pada waktu yang singkat. 

Pada abad yang sama juga, iaitu pada lewat tahun 1774 dan 1785, seorang ahli kimia Sweden Karl Wilhelm Scheele menemui unsur kimia klorin dan halogen gas yang berupaya memberikan hasil kain yang lebih memuaskan. Sementara, saintis Perancis Claude Berthollet pula mendapati bahawa klorin adalah agen pemutihan kain yang sangat baik. Walau bagaimanapun, pada waktu itu klorin hadir dengan asap yang tebal dan sukar untuk dikawal.

Revolusi penciptaan peluntur ini berkembang sehingga tahun 1799 yang mana Charles Tennant iaitu seorang ahli kimia Scotland yang menghasilkan potash yang boleh menyerap gas klorin. Untuk larutan peluntur yang kita guna hari ini, ia menggunakan klorin, soda kaustik dan air. Para penyelidik mendapati bahawa menyuntik air garam ke dalam arus elektrik yang dihasilkan oleh klorin dan soda kaustik akan memecah molekul garam yang bertindak baik dalam membersihkan tekstil.

white textile on gray wire clothes hanger

Bagaimana Clorox Memasuki Arena Peluntur?

Jenama terkenal untuk larutan peluntur Clorox memulakan debutnya pada tahun 1913. Walau bagaimanapun, terdapat satu kisah disebalik Clorox yang mungkin anda tidak tahu.

Sebelum hadir dengan Clorox, terdapat satu syarikat permula (startup) yang diketuai oleh seorang usahawan muda. Namun, ia tidak beroperasi dengan baik dan hampir menemui kegagalan yang berkemungkinan besar disebabkan pengalaman dan teknik pemasaran yang tidak begitu baik. Namun, ia diselamatkan oleh The Electro-Alkaline Co iaitu William dan Annie Murray dengan membeli saham di syarikat berkenaan dan menyelaraskan operasi dan mengatur pembiayaan baru.

Dengan kebijaksanaan Annie, beliau menggunakan teknik pemasaran one-to-one, yang mana memperkenalkan peluntur Clorox terus kepada para ibu untuk setiap isi rumah. Beliau memberikan sampel percuma dan membincangkan manfaat produk ini dengan mengetengahkan titik utama iaitu pemutih, pembersih dan pembasmi kuman.

Syarikat tersebut kemudian dijenamakan semula dan didaftarkan sebagai Clorox pada tahun 1914. Di dalam proses untuk memasarkannya kepada umum, Willian Murray memilih Syarikat Kelley-Clarke di San Francisco sebagai broker eksklusif untuk produk pemutihan di setiap rumah. Beliau juga melakukan pameran Clorox di California State Fair bagi memperkenalkan produk tersebut kepada ribuan petani dan pengguna lain.

blue and white clorox plastic bottle

Berkat pertumbuhan negara pada sekitar tahun 1920, ia membantu perkembangan jenama Clorox ke lebih banyak. lagi negara seperti Perancis, Jerman, Itali, Poland, Sepanyol dan Yiddish. 

Apa yang menarik mengenai Clorox, faktor kejayaannya dikatakan disebabkan oleh dorongan kerja berkumpulan yang dilaksanakan. Clorox menjadi jenama yang begitu mantap sehingga syarikat-syarikat di seluruh Amerika Utara cuba menggunakan populariti nama itu dengan menjenamakan produk mereka dengan nama Chlorox, Chlor-Sol, Klorax dan Lurox.

Sumber: Madehow, The Clorox Company

Komen