Lina Rosli Diterbitkan 10 February 2021

Jom Cuba Hokkaido Tart Berperisa Keju Dan Coklat Di FamilyMart

Jom Cuba Hokkaido Tart Berperisa Keju Dan Coklat Di FamilyMart

Kini anda boleh mula mendapatkan menu terbaru yang dinamakan Hokkaido Cheese Tart dan Hokkaido Chocolate Tart di FamilyMart berdekatan anda.

Tart Hokkaido ini sangat popular di seluruh Asia. Menu ini diilhamkan oleh produk tenusu Hokkaido dan berasal dari kedai roti di Sapporo. Tart ini hadir dengan kerangka luar yang rapuh dan rangup. Kemudian, dipadankan pula dengan isinya yang lembut.

May be an image of dessert and indoor

Hokkaido Cheese Tart menampilkan isi keju yang berlemak dan velvet sesuai untuk penggemar makanan berkeju. Sementara, Chocolate Tart pula membawakan isi yang dipenuhi dengan coklat gelap yang mengiurkan dan enak.

May be an image of dessert

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga RM5.20 sebungkus dan juga RM6.20 jika anda membelinya menerusi aplikasi atas-talian FoodPanda bermula hari ini.