The Oriental dUCK – Koleksi Tudung Dengan Unsur Pelbagai Budaya
Semalam, The dUCK Group telah hadir dengan satu koleksi tudung yang terbaru di bawah siri The Oriental dUCK. Ia membawakan 6 penawaran warna untuk. kedua-dua selendang dan tudung bawal.
Koleksi ini diilhamkan oleh motif tradisional yang melambangkan identiti budaya yang harmoni yang mana ia ditampilkan di seluruh Asia. Dari segi coraknya pula, sebelum ini dUCK telahpun hadir dengan rekaan bunga empat kelopak pada siri Oriental yang terdahulu.
Namun untuk rekaan kali ini, ia dilihat telah menambah satu lagi elemen bunga lima kelopak dan juga corak yang seakan kerawang di bahagian bingkainya. Kombinasi warna kali ini juga kelihatan lebih berani dengan gabungan tiga warna untuk setiap satu tudung.
Penawaran koleksi The Oriental dUCk ini sememangnya memperlihatkan rekaan dengan daya tarikan yang misteri dan sejarahnya menarik dan dikagumi oleh semua individu.
Selain itu, untuk koleksi ini juga The dUCK Group menggunakan bahan kain jenis sutera satin yang menaikkan lagi keanggunan dan gaya elegan sewaktu memakainya.
Bagi yang berminat, anda boleh mula mendapatkan koleksi ini di kedai atas-talian atau menerusi aplikasi mudah-alih FashionValet dan juga di semua rangkaian kedai fizikal dUCK di seluruh Malaysia bermula hari ini pada harga RM200 sehelai.
Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan promosi diskaun sempena Duduk Rumah 3.0 sehingga 15% untuk pembelian minima RM150 untuk item yang terpilih.
Kod Promosi: DUDUKRUMAH3