Carian
Kesan buruk diet melampau
February 10, 2021 Nursyafika

Kesan buruk diet melampau

Tahukah anda, ‘diet’ yang melampau tidak baik untuk kesihatan dan ianya memudaratkan? 

 

 

Apakah diet yang melampau itu? Diet yang melampau ialah pengambilan makanan secara terhad dengan kalori yang sangat rendah serta bersenam dengan keterlaluan. Contohnya, pengambilan kalori yang normal anda adalah 2000 kalori tetapi anda hanya mengambil 800-1000 kalori sahaja atau pengambilan makanan yang tidak seimbang seperti mengelak kumpulan makanan yang penting seperti karbohidrat dan lemak seperti fad diets.

Fad diet adalah rancangan diet yang menjanjikan penurunan berat badan yang drastik. Biasanya diet seperti ini tidak seimbang, tidak sihat dan mungkin menyebabkan kesan sampingan. Jika anda seorang individu yang mahu mengurangkan berat badan dan berhasrat untuk memulakan diet, anda harus mengambil perhatian kesan-kesan buruk yang mungkin terjadi ketika berdiet atau selepas berdiet. 

MENGUBAH FISIOLOGI ANDA. Diet boleh mengubah fisiology sistem penghadaman dan boleh membawa kepada sembelit. Ianya juga boleh mengakibatkan kuku rapuh, rambut gugur dan kulit kering. 

MENGANGGU EMOSI & MEMBUAT ANDA BERASA PENAT kerana badan sedang kelaparan. Ianya akan membuat anda berasa jengkel terhadap semua benda dan tidak mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti.

MENGANGGU METABOLISME BADAN. Diet yang melampau boleh menganggu proses metabolisme badan, ianya akan memperlahankan metabolisme kerana badan akan menganggap anda sedang kebuluran dan menyimpan tenaga untuk kekal hidup. 

MEMUSHNAHKAN HUBUNGAN ANDA DENGAN MAKANAN. Jika anda mengikuti diet, pasti ada makanan baik boleh dimakan dan buruk tidak boleh dimakan. Diet yang melampau akan mengehadkan pilihan makanan anda dan ianya akan membawa kesan yang lebih buruk dan serius dari segi mental dan fizikal iaitu EATING DISORDER.

Eating disorder adalah kesan yang paling buruk jika diet melampau kerana ia juga boleh merosakkan organ dalaman. ED tidak terlalu terkenal di kalangan rakyat Malaysia kerana belum cukup pendedahan. Ianya adalah salah satu penyakit kesihatan mental. Antaranya yang kerap terjadi adalah 

  • anorexia nervosa
  • bulimia nervosa
  • binge eating disorder

Eating Disorder bukan sahaja akan menganggu mental anda dari segi pemakanan tetapi ianya juga akan membawa kepada masalah kesihatan mental yang lain seperti anxiety dan depression. 

Kesan-kesan buruk yang disenaraikan ini boleh membawa padah jadi berhati-hati ketika melakukan sesuatu. Ada sebabnya mengapa diet ini wujud, ianya adalah untuk golongan yang mempunyai masalah kesihatan dan harus mengamalkan diet tersebut. Jika anda sihat dan tidak mempunyai masalah berat badan seperti obesiti, anda tidak perlu mengikuti diet melampau kerana makanan yang seimbang dan gaya hidup sihat adalah kunci untuk anda menjadi lebih sihat. 

Disclaimer: Sila rujuk pengamal perubatan untuk maklumat lebih lanjut. 

 

Komen