Chupa Chups Perkenal Produk Penjagaan Diri Eksklusif Di 7 Eleven – Bukan Lagi Sekadar Lolipop
Jenama Chupa Chups sangat sinonim dengan penawaran gula-gula, manisan dan juga lolipop dengan pelbagai perisa. Ia boleh dikatakan sangat popular dalam kalangan individu untuk pelbagai lapisan umur.
Rekaan lolipop Chupa Chups ini sememangnya menarik perhatian, lebih-lebih lagi apabila dipamerkan di kaunter pembayaran, pastinya seakan memanggil anak-anak kecil untuk menggapainya dengan pantas.
Terbaru, khusus untuk peminat Chupa Chups, 7-Eleven Malaysia baru-baru ini memperkenalkan produk penjagaan diri Chupa Chups secara eksklusif. Ia merangkumi krim tangan dan kuku, losyen badan dan juga gel mandian berserta syampu.
Apa yang menarik mengenai penawaran produk penjagaan diri Chupa Chups, ia hadir dengan aroma-aroma yang sememangnya menyamankan di samping menggunakan bahan yang membantu melembapkan dan menyegarkan kulit. Terdapat dua pilihan aroma yang boleh anda beli iaitu Strawberi dan juga Epal.
Berikut adalah senarai produk berserta harga yang dibawakan:
- Losyen Badan 30ml RM6.90
- Losyen Badan 120ml RM25.90
- Krim Tangan & Kuku 30ml RM19.90
- Gel Mandian & Syampu 150ml RM25.90
Bukan itu sahaja, bergerak dalam norma baru ini memerlukan anda untuk sentiasa bersedia dengan kelengkapan penjagaan diri seperti pensanitasi tangan dan juga tisu. Oleh itu, Chupa Chups turut memperkenalkan rangkaian penjagaan diri Mentos Wet Wipes yang boleh didapati pada harga RM7.90 sepaket.
Bagi yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk melawati rangkaian 7- Eleven yang. terpilih berdekatan dan dapatkan barisan produk terbaru dari Chupa Chups ini bermula hari ini.