5 Tips Atasi Rasa Takut, Gemuruh – Bantu Serlahkan Bakat Dan Potensi
Mempunyai rasa gemuruh dan takut itu normal. Gemuruh adalah perasaan yang disebabkan oleh tindak balas tekanan badan anda apabila melakukan sesuatu yang mungkin anda tidak biasa ataupun sesuatu yang anda merasakan diluar kemampuan anda.
Gemuruh ini turut berlaku apabila badan anda memberi peringatan terhadap ancaman yang dirasakan atau dibayangkan. Apabila terjadi sedemikian, rangkaian tindak balas hormon dan fisiologi pada tubuh anda akan mempersiapkan diri untuk melawan atau lari dari ancaman dengan meningkatkan pengeluaran adrenalin.
Apabila gemuruh dan takut juga, anda akan merasakan yang mana denyutan jantung anda meningkat dan peluh sejuk akan mula keluar. Hal ini kerana, badan anda sedang bekerja keras untuk mengepam lebih banyak darah ke otot dan otak anda.
Bagaimanakah Cara Untuk Mengatasi Perasaan Takut Dan Gemuruh?
Seperti yang anda ketahui, kedua-dua perasaan takut dan gemuruh sememangnya akan menghalang kita untuk mencapai matlamat kita dan menjalani kehidupan yang terbaik.
Hal ini kerana, ia akan mendorong stagnasi dalam prestasi dan sekaligus akan menghalangi anda mencapai kejayaan besar. Perasaan ini juga yang telah menjadi punca mengapa banyak bakat, potensi dan keinginan yang kita miliki tidak dapat diluah dengan baik.
Berikut adalah beberapa petua untuk mengatasi gemuruh dan takut:
Akui ketakutan dan kerisauan anda.
Ramai di antara kita mempunyai ketakutan dan rasa gemuruh namun cuba sedaya upaya untuk menyembunyikannya. Tahukah anda tanpa kita sedari, apabila kita cuba menyembunyikan ia akan menjadikan rasa takut. tersebut lebih kuat. Seterusnya, ia akan menimbulkan implikasi serius bagi tubuh dan minda anda sekaligus membuatkan tubuh anda bertindak lebih agresif.
Maka, apa yang penting adalah akui ketakutan anda dan cuba untuk atasi dengan bercakap dengan orang. yang berdekatan akan kerisauan anda. Cuba cara ini dengan orang yang paling anda percaya.
Tuliskan senarai perkara yang anda takut dan gemuruh.
Tuliskannya di atas sehelai kertas. Melakukannya bukan hanya mengakui bahawa anda memilikinya, tetapi juga mengeluarkan ketakutan yang tersimpan gelap di belakang fikiran anda.
Bagi anda yang extrovert, anda mungkin malu untuk mengakuinya, maka tulis. adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan. Langkah ini bagi memastikan yang mana anda menyedari bahawa anda tidak sendirian, bahawa kita semua mempunyai ketakutan ini.
Ambil 2 minit untuk rasa takut dan terus lupakan rasa takut tersebut.
Untuk mengalahkan ketakutan, anda mesti melakukannya. Satu-satunya cara anda dapat mengatasi rasa takut adalah dengan menghadapinya dan menerimanya.
Anda boleh ambil masa sekitar dua hingga tiga minit untuk merasai rasa takut dan gemuruh itu. Namun, selepas masa yang. ditetapkan anda perlu lupa dan fokus pada perkara yang positif pada tugasan anda. Sematkan di dalam minda yang mana, peluang ini perlu anda terima dan hadapi dan sekiranya anda mengambil tindakan untuk terus berhenti, maka ia seolah anda melepaskan peluang. yang baik untuk diri anda.
Sentiasa bersedia dan mempersiapkan diri.
Seperti yang anda ketahui, persediaan untuk sebarang perkara yang akan datang adalah mustahak. Apabila anda akan menghadapi rasa takut, persiapkan diri anda mungkin belajar, berlatih ataupun lain-lain yang yang berpadanan dengan perkara yang anda takut.
Sebagai contoh, jika anda gemuruh untuk membuat perbentangan di khayalak ramai, sediakan semua keperluan seperti skrip dan juga slaid dengan baik. Kemudian, cuba berlatih dan mengajak rakan atau ahli keluarga anda untuk mendengar perbentangan anda. Hal ini bagi anda praktik dan mendengar respon dari mereka sebagai sokongan untuk anda menjadi lebih bersedia.
Ketahui apa impak paling buruk akan berlaku jika anda tidak berjaya.
Apakah perkara terburuk yang boleh berlaku? Selalunya ia tidak seburuk yang kita fikirkan.
Sebagai contoh, soal kepada diri apa yang anda takut atau gemuruh. Adakah anda takut gagal perkara baru yang anda lakukan? Jika ya, apa yang akan terjadi sekiranya anda gagal? Anda mungkin dimarahi ataupun dipanggil untuk bincang masalah. Jadi, apa yang seterusnya anda perlu buat? Baiki kelemahan anda dan atasinya untuk masa yang seterusnya.
______________________________________________________________________
Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda praktikkan bagi mengatasi rasa takut dan gemuruh. Sebenarnya, takut dan gemuruh itu bukanlah sesuatu perkara yang buruk. Ketakutan yang sihat membantu kita mengetahui situasi yang selamat dari yang berbahaya dan kita memerlukannya untuk kelangsungan hidup dan perlindungan kita. Jadi, jangan takut untuk rasa takut. Namun, jangan jadikan takut itu membataskan potensi kita.