Naelofar Perkenalkan Giya – Hijab Dengan Gaya Timur Tengah Dalam Siri Silk Road Collection
Industri hijab dan fesyen muslimah nampaknya masih lagi aktif dalam memperkenalkan rekaan terbaru mereka.
Terbaru, jenama muslimah Naelofar telah menampilkan perancangan mereka untuk membawakan koleksi berasaskan sutera yang merangkumi pelbagai produk termasuk jubah dan tudung menerusi #NaelofarSilkRoadCollection.


Menurut Neelofa, untuk Silk Road Collection ini ia dilancarkan khusus buat peminat yang mana mereka akan menyaksikan gabungan budaya di antara timur dan barat dalam pelbagai item fesyen seharian.
Pada minggu lalu, Naelofar telah memperkenalkan Velvet Satin Abaya iaitu abaya yang menggunakan kemasan lace pada hujung tangan dan kaki yang menarik. Kemasan ini dilihat bagi menambah keanggunan sewaktu penggayaan jubah dalam apa jua acara.
Kemudian, baru-baru ini mereka juga hadir dengan produk terbaru di bawah koleksi Giya. Giya Printed Square ini membawakan rekaan hijab dengan unsur Timur Tengah yang mana ia ditafsirkan semula menjadi gaya yang lebih kontemporari.

Untuk pengetahuan anda, hijab Giya ini diperbuat daripada kain satin dan sutera yang memberikan nuansa lembut. Ia boleh didapati dalam empat warna iaitu Powder Blue, Dusty Teal, Deep Beige and Deep Red Orange.
Bagi anda yang berminat, Giya boleh didapati bermula hari ini di laman web Naelofar, atau dapatkan juga menerusi akaun rasmi Instagram Naelofar pada harga RM99 sehelai.