Ketahui Fungsi Lemon – Hilangkan Kesan Deodoran Pada Baju, Halau Serangga

Untuk tips hari ini, Tajria ingin berkongsi kepada anda beberapa fungsi lemon yang mungkin anda tidak tahu. Kesemua fungsi ini dapat memudahkan urusan pengendalian rumah dan seterusnya mendapatkan persekitaran rumah yang selesa.

yellow lemon fruits on white surface

Menghilangkan Kotoran Akibat Deodoran

Untuk sesetengah deodoran, ia akan bertindak balas dengan garam dalam badan dan menghasilkan kotoran kuning pada pakaian putih. Ia sekaligus. mengakibatkan perubahan warna pada baju berwarna. 

Oleh itu, bagi menghilangkan kesan kotoran tersebut, campurkan dua sudu baking soda, satu biji jus lemon dan air. Gosok larutan tersebut pada kesan kotoran dan biarkannya direndam selama sekurang-kurangnya 30 minit.

Membersih Perkakas Memasak

Masalah kuali hitam dan berkarat adalah sesuatu yang biasa. Jadi, kepada yang anda yang ingin membersigkan kuali aluminium yang hitam, potong lemon menjadi separuh dan gosokkan pada bahagian kuali yang ingin dibersihkan. Kemudian, celupkan ke dalam garam. Gosokkan permukaan logam untuk menghilangkan kotoran dan bilas dengan baik.

Penyegar Udara Semula Jadi

Selepas memasak, pastinya asap yang terkumpul akan menjadikan rumah anda berbau tidak begitu segar. Oleh itu, lemon dilihat mampu bertindak sebagai penyegar udara semula jadi di dalam rumah.

Caranya, sediakan beberapa kepingan lemon atau kulit lemon ke dalam periuk air. Renehkan perlahan selama kira-kira satu jam dan rumah anda akan berbau segar.

yellow lemon fruit in brown wooden bucket

Menghalau Serangga

Labah-labah, semut dan juga serangga lain sangat sensitif terhadap bau. Bau. lemon wangi. ini mampu menghalang mereka daripada menghinggapi makanan. Perah jus lemon atau biarkan kulit limau diletakkan di penjuru dinding atau kawasan tingkap dan pintu untuk mengelakkan serangga masuk.

Meningkatkan kesihatan rambut

Buat anda yang mempunyai masalah rambut gugur dan kusam, anda boleh mencuba teknik menggosok kulit kepala dengan jus lemon. Ia bagi mengdapatkan rambut yang kuat, menghilangkan kelemumur selain menjadikan rambut anda lebih bersinar.

Untuk mengetahui sama ada tips ini berjaya atau tidak, mari kita cuba bersama dan saksikan hasil dan keberkesanan lemon dalam membantu pengurusan diri dan rumah anda.