Carian
Senarai Aktiviti Dan Perkhidmatan Yang Dibenarkan Beroperasi – PKP Februari 2021
February 11, 2021 Lina Rosli

Senarai Aktiviti Dan Perkhidmatan Yang Dibenarkan Beroperasi – PKP Februari 2021

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Sarawak yang mana telah berlangsung sejak Januari 2021 lepas.

Terbaru, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan beberapa kenyataan berikutan aktiviti dan perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi bermula Februari ini.

Berikut adalah senarai perkhidmatan dan perniagaan kini sudah boleh mula beroperasi:

Premis Makanan Dan Restoran

Semua sektor perniagaan makanan berpremis dibenarkan beroperasi berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

  • Waktu Operasi : Beroperasi sehingga jam 10 malam.
  • Perkara yang perlu dipatuhi : 2 pelanggan untuk satu meja.

Walau bagaimanapun, masyarakat masih disarankan untuk menggunakan perkhidmatan pandu-lalu, pesanan secara atas-talian dan elakkan aktiviti yang memerlukan kontak fizikal (take-away).

red and white concrete building near palm trees during daytime

Medan Selera, Restoran, Surau Dan Tanda di Hentian R&R

Keempat-empat perkhidmatan ini sudah boleh beroperasi bagi memberi kemudahan kepada orang awam yang melalui bahagian lebuh raya. 

Untuk restoran, terhad kepada dua individu sahaja untuk satu meja dan masih mengamalikan penjarakan fizikal 1 meter. 

Sementara untuk tandas dan surau, operasi dibuka selama 24 jam. Para pengunjung juga dinasihatkan untuk membawa sejadah masing-masing sewaktu menggunakan perkhidmatan surau.

Pengangkutan Awam

LRT Kelana Jaya, LRT Ampang/Sri Petaling, MRT Kajang dan Monorel KL akan beroperasi pada jam 6 pagi sehingga 11 malam.

Butik Pakaian Dan Kosmetik

Selain butik pakaian dan kosmetik, perkhidmatan lain seperti kedai permainan, kedai bunga, kedai fotografi kini boleh mula beroperasi.

  • Perkara yang perlu dipatuhi : Majikan untuk premis pakaian disarankan menyediakan sarung tangan untuk sebarang sentuhan pakaian di kedai fizikal.
people walking on stairs and riding escalators

Pasar

Aktiviti pasar awam, pasar borong, pasar tani dan pasar malam dibenarkan dibenarkan beroperasi.

  • Pasar Harian (7 pagi hingga 2 Petang)
  • Pasar Tani (7 pagi hingga 2 Petang)
  • Pasar Malam (4 petang hingga 10 malam)
  • Pasar Borong (12 pagi hingga. 6 pagi; 11 pagi hingga 4 petang)

Walau bagaimanapun, pemantauan dari pihak berkuasa akan dilaksanakan bagi memastikan SOP dipatuhi.

Pusat Membeli-belah, Pasaraya Dan Dobi

Perniagaan di pasaraya, pusat membeli-belah dan juga perkhidmatan dobi dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 10 malam.

Kiosk dan kedai runcit/kedai serbaneka pula dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi sehingga 10 malam.

green and white signage on brown tree branch

Kedai Gunting Rambut, Cuci Kereta

Bagi perkhidmatan gunting rambut dan cuci kereta turut telah dibenarkan beroperasi dengan penetapan SOP yang ketat yang mana pemantauan dan pemeriksaan akan dilakukan dari semasa ke semasa.

  • Kedai Gunting Rambut – Sehingga 10:00 malam
  • Kedai Cuci Kereta – Sehingga 10:00 malam

Stesen Minyak

Bagi yang ingin mengisi minyak pula, waktu operasi untuk stesen minyak adalah 6 pagi sehingga 10 malam.

Walau bagaimanapun, stesen minyak di lebuhraya pula dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam.

white car parked in front of store during night time

Perubatan Dan Kesihatan

Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan dibenarkan beroperasi selama 24 jam.

Manakala untuk farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Aktiviti Memancing

Individu kini sudah boleh mula membuka operasi. kolam pancing, pelantar pancing dan rumah rakit. Walau bagaimanapun, ia masih lagi tertakluk kepada SOP dan waktu operasi yang. bermula dari jam 8 pagi sehingga 10 malam.

Institut Latihan Memandu

Untuk Institut Latihan Memandu pula, rakyat Malaysia kini boleh menyambung sesi pembelajaran di sekolah memandu. Namun, perlaksanaan SOP perlu. dititikberatkan yang mana memerlukan penjagaan penjarakan fizikal dan juga pemakaian pelitup muka ketika pembelajaran adalah wajib. 

Waktu operasi bagi Institut Latihan Memandu adalah bermula jam 7.30 pagi sehingga 8.30 malam

________________________________________________________________________

Bagi perkhidmatan dan perniagaan yang dibenarkan beroperasi perlu memastikan operasi harian dilakukan mengikut syarat dan SOP yang diarahkan seperti melakukan pemeriksaan suhu badan, penjarakan fizikal, menggunakan pelitup muka dan pemakaian sanitizer.

Komen