Mari cuba menu edisi terhad Starbucks
Pada 5 Januari 2020, Starbucks telah mengeluarkan menu edisi terhad bertemakan ‘ comfort drink, wellness & self care ‘. Terdapat 3 jenis minuman iaitu Manuka Honey Ginger Black Tea, Smoked Butterscotch Latte dan Pistachio Pure Matcha Latte. Menu ini boleh didapati sementara stok masih ada.
Manuka Honey Ginger Black Tea Yang terdiri daripada madu Manuka dari New Zealand, cebisan halia dan teh hitam. Terdapat dalam bentuk sejuk dan panas. Sesuai dinikmati panas pada waktu yang dingin, pagi mahupun malam.
Aroma Smoked Butterscotch yang penuh berkrim boleh dinikmati dalam bentuk sejuk mahupun panas. Smoked Butterscotch Latte dihiasi serbuk Turkish Coffee menghasilkan rasa yang enak sesuai dinikmati bila-bila masa.
Japanese Matcha, pistachio sauce dan susu menghasilkan menu edisi terhad yang ketiga iaitu Pistachio Pure Matcha Latte. Bagi penggemar Matcha, anda wajib mencuba menu ini kerana rasanya yang unik dan dihiasa cebisan kacang pistasio. Terdapat dalam betuk sejuk atau panas.
Sila ikuti Starbucks Malaysia di instagram untuk info terkini berkenaan promosi dan menu baharu yang lain.
Tips: Gunakan Starbucks Card untuk menikmati diskaun RM1 dan diskaun RM2 jika menggunakan tumbler sendiri.