Carian
Mengapa Perlu Buang Jalur Hitam Pada Udang? Ketahui Kebaikan Kulitnya
February 15, 2021 Lina Rosli

Mengapa Perlu Buang Jalur Hitam Pada Udang? Ketahui Kebaikan Kulitnya

Deveining atau membuang jalur hitam pada atas badan udang adalah penting. Mengapa? Jalur hitam itu merupakan saluran pencernaan atau usus udang yang mengalirkan bahan tinja udang yang kotor. 

Saluran ini biasanya, tidak begitu jelas kelihatan. Namun, ia bergantung pada udang dan apa yang anda makan dan juga asal kawasan udang sebelum dia ditangkap.

brown and black plant on brown wooden surface

Secara umumnya, saluran pencernaan ini tidak begitu berbahaya jika anda termakannya secara tidak sengaja, tetapi sedikit tidak enak selain bersifat tidak bersih.

Semakin pekat warna hitam tersebut, semakin banyak kandungan bakteria dan bahan tinja didalamnya yang sememangnya tidak sesuai untuk dimakan. Jadi, ia penting untuk memastikan lauk anda bersih dan selamat daripada kotoran dan bakteria.

Bagaimana Untuk Membuang Jalur Hitam Udang?

  1. Sekiranya udang tersebut masih berkulit, anda perlu mengupasnya terlebih. dahulu. Namun, anda juga masih boleh membuang saluran tersebut tanpa mengupas kulit dan kepala udang.
  2. Untuk menyingkirkannya atau melakukan teknik deveining, sediakan lidi atau pisau untuk membelah isi udang.
  3. Guna hujung pisau kecil yang tajam, buat potongan dangkal (atau tidak dalam) sepanjang garis hitam, kemudian angkat menggunakan hujung pisau.
  4. Manakala jika anda menggunakan lidi, cucuk dan masukkan lidi ke bahagian hitam udang. Kemudian, tarik ke atas untuk mencabut usus tersebut.
cooked shrimps on white plate

Bolehkah Memakan Kulit Udang?

Jawapannya boleh. Kulit udang mengandungin chitosan yang merupakan sumber pemakanan yang baik dan dapat mencegah kolesterol tinggi dan komplikasi kesihatan lain yang berkaitan.

Untuk pengetahuan anda, chitosan adalah gula yang diperoleh dari kerangka luar kerang seperti ketam dan udang. Ia juga berfungsi untuk mengurangkan kegemukan, penyembuhan luka, dan keadaan lain, tetapi ada sedikit bukti saintifik untuk menyokong banyak penggunaannya.

Sumber: Science Daily, Science Direct

Komen