Hobi menarik untuk mengisi masa lapang
Selain daripada berehat dan membuat kerja rumah, hobi yang menarik dan diminati penting untuk mengisi masa lapang supaya masa tidak terbuang begitu sahaja. Terdapat pelbagai jenis hobi yang anda boleh cuba mulai sekarang.
Tahukah anda bercucuk tanam juga boleh dilakukan di dalam rumah walaupun anda tinggal di pangsapuri mahupun rumah yang tidak mempunyai halaman. Anda hanya perlu membeli medium tanah yang sesuai dan biji benih. Anda tidak memerlukan bajet yang tinggi dan hanya perlu menanam dengan baik. Semua peralatan dan bahan boleh didapati dan beli di aplikasi shopee atau lazada mahupun di kedai tanaman. Hasilnya boleh dituai dalam beberapa hari sehingga beberapa bulan.
Belajar memasak menu baharu seperti kuih muih, kerepek atau makanan awet yang tahan lama. Jika anda menghasilkan kerepek atau makanan awet sendiri di rumah, anda tahu proses dan bahan yang digunakan. Anda juga boleh memastikan semua bahan-bahan adalah bersih dan selamat. Contoh makanan awet adalah kimchi, danmuji atau buah-buahan awet.
Hobi yang boleh mendatangkan manfaat kepada kesihatan badan dan mental iaitu senaman yoga. Anda boleh mengikuti kelas online di youtube dan ianya percuma. Yoga juga boleh dilakukan hanya di rumah dan mengambil masa yang tidak lama.
Membaca adalah hobi kos rendah kerana anda boleh membaca artikel mahupun buku. Contohnya, anda boleh membaca artikel menarik yang terdapat di Tajria dan mendapat ilmu pengetahuan serta belajar sesuatu yang baharu.
Selain daripada membaca, anda boleh mempelajari dan menguasai bahasa baharu seperti bahasa Korea mahupun Jepun. Anda boleh membeli e-book atau belajar di talian secara percuma di internet.
Mendengar podcast yang menarik dan mengambil tahu isu semasa. Aplikasi podcast juga percuma dan anda hanya perlu search topik yang anda mahu. Podcast sangat bermanfaat dari segi pengetahuan am mahupun perbincangan secara umum.
Jika anda mempunyai kasut sukan yang sesuai, anda boleh cuba berjoging dan ianya baik untuk kesihatan. Anda boleh memuat turun aplikasi percuma untuk mengikuti progres pada masa kesemasa. Pada yang masa, berjoging boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan dan memperbaiki kesihatan.
Hobi juga boleh menjadi sangat mahal dan berkos tinggi. Tapi kira bernasib baik kerana ada hobi berkos rendah yang anda boleh cuba. Selamat mencuba!