Nursyafika Diterbitkan 15 February 2021

Cara mudah disinfeksi rumah. 

Cara mudah disinfeksi rumah. 

Pada tahun 2019, seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19. Gaya hidup yang biasa diamalkan sebelum ini harus diubah bagi kesesuaian ketika pandemik. Setiap individu memainkan peranan yang penting bagi menangani pandemik ini. 

Kita telah berada di tahun 2021 tetapi virus ini masih berleluasa di luar sana. Sehingga hari ini kita telah mengamalkan norma baharu berlandaskan SOP yang disediakan. Selain daripada membasuh tangan, menggunakan hand sanitiser dan pelitup muka, membasmi kuman dirumah juga penting kerana virus tidak boleh dilihat di mata kasar. 

World Health Organisation ( WHO ) mengesyorkan 70% etil alkohol untuk peralatan khusus yang boleh diguna semula. Natrium hipoklorit pada kadar 0.5% (bersamaan dengan 5000 ppm) untuk membasmi kuman di permukaan.

 

Jenis pembasmi kuman yang mudah didapati iaitu Natrium hipoklorit atau lebih dikenali sebagai peluntur atau clorox. Campurkan 1 bahagian peluntur dan 9 bahagian air paip untuk menghasilkan cecair pembasmi kuman. Gunakan kain yang telah dicelupkan cecair pembasmi kuman dan lap semua permukaan yang kerap disentuh mahupun tidak. 

Anda juga boleh membeli botol sembur untuk menggunakan teknik semburan bagi permukaan yang sukar untuk dicapai. Ianya juga mudah untuk dibawa. Jika anda mahu melakukan disinfeksi untuk permukaan yang kecil anda juga boleh menggunakan cecair spray semburan yang sudah tersedia. Anda boleh mendapatkannya di farmasi mahupun pasar raya. 

 

 

 

Jika anda mempunyai bajet yang sesuai, anda juga boleh menggunakan cecair dettol dengan nisbah 1 bahagian cecair dettol dan 2 bahagian air. Cecair ini juga boleh digunakan untuk mengelap permukaan lantai mahupun perabot. Terdapat pelbagai jenis pembasmi kuman yang terdapat di pasar raya pada ketika ini termasuk lah tisu basah pembasmi kuman untuk digunakan di rumah. 

Membasmi kuman di rumah tidak susah dan anda mempunyai beberapa pilihan berdasarkan bajet dan kemudahan. Pada waktu yang sukar ini, usaha setiap individu untuk melindungi mereka dan keluarga. Semoga kita dan keluarga dilindungi dari virus ini dimananapun kita berada.