Ini 3 Sebab Kenapa Kena Cepat-Cepat Apply Takaful Sekarang
Bila jumpa ejen takaful, sudah buka quotation, tanya-tanya soalan, terus rasa macam ejen ni push, paksa juga untuk apply kan? Kita pun fikir, ‘terdesak kali ni ejen ni buat sale’.
Jawapan aku, tidak. Memang perlu buat sale tapi ada sebab lain, yang lagi penting, ejen berusaha ajak kita terus apply lepas buka quotation, lepas ada kesedaran atau awareness and ini antara sebab-sebabnya.
1. Perubahan harga
Harga quotation tidak akan sama selamanya. Kalau dapat sama tu, rezeki, alhamdulillah. Limpas (terlepas) tarikh hari lahir ja, pun ada perubahan. Bayangkan kita survey, lepas 6 bulan, manfaat sama, tapi ada kenaikan harga. Rugi kan?
2. Jatuh sakit atau berlaku kemalangan
Banyak pengalaman ejen, ‘iya nanti aku apply‘, tup tup, kemalangan, sakit, kanser, sebagainya datang dulu. Lepas tu merayu minta takaful siap minta ejen adjust lagi. Bila tidak dapat, maka keluarlah ayat popular ni, ‘kau ingat aku minta ka sakit ni?’
Masa tu, yang besties pun boleh jadi musuh. Sedih. Sebab tu, bila kita sudah buka quotation, sudah ada kesedaran, sebolehnya teruslah apply. Ejen pun tidak tahu apa akan jadi dekat diri mereka, inikan pula diri kita.
3. Tempoh menunggu/Waiting period (120 hari/4 bulan) & incontestable period (2 tahun)
Ini semua syarikat pengendali takaful insuran ada. Bukan ejen takaful insuran yang suka hati tetapkan.
Makin lambat kita apply, makin lambat la kita delay atau tangguh tempoh-tempoh yang ada ni. Nanti sakit datang, tempoh yang ada ni belum habis, disinilah klaim kita akan kena tolak, ha mulalah sesi tuduh menuduh, yang takaful insuran ni scam la, menipu la, sampai viral. Padahal, kita yang lupa adanya tempoh menunggu.
Cukup la 3 sebab ni aku rasa. Tengok betul-betul, untung kebaikan tu balik dekat diri kita juga. Tidak kisah hebat mana syarikat atau pelan yang kita pilih tapi akhirnya, balik kepada diri sendiri juga, bila kita mahu apply.
100 quotation sekalipun kamu survey, tapi tidak apply, sama ja tu tiada perlindungan. Ejen takaful insuran boleh ingatkan, nasihat, tapi keputusan tu terserah kita juga. Kalau kita sekat atau block contact sekalipun, ejen takaful ni okay ja, tidak rugi apa pun.