Carian
Ikuti Cara Ini Untuk Menambah Nama Kedai Perniagaan Anda Pada Waze
February 16, 2021 Lina Rosli

Ikuti Cara Ini Untuk Menambah Nama Kedai Perniagaan Anda Pada Waze

Bagi anda yang telah membuka kedai atau ruangan perniagaan baru, pastinya ia memerlukan anda menyediakan maklumat yang lengkap untuk memudahkan pelanggan mengaksesnya. Ia termasuk keberadaan dan juga lokasi semasa untuk kedai anda.

Jadi, hari ini Tajria ingin memberikan tips kepada anda meletakkan nama kedai atau perniagaan anda di aplikasi Waze.

Seperti yang anda sedia maklum, Waze adalah aplikasi lalu lintas dan navigasi yang membantu pengguna untuk mencari laluan ke sesuatu lokasi serta menerima kemaskini lalu lintas masa nyata. 

Dengan konsepnya yang berasaskan komuniti, ia adalah mudah untuk anda menambahkan tempat atau perniagaan anda ke dalam aplikasi ini sekaligus memberikan akses yang menyeluruh kepada pelanggan anda. 

Berikut adalah beberapa langkah yang perlu anda ikuti:

Langkah 1: Klik Ikon ‘Reports’

Sebaik sahaja anda membuka aplikasi Waze, anda akan melihat satu ikon berwarna jingga pada paparan peta anda. Klik ikon tersebut dan akan melihat melihat senarai laporan seperti Traffic, Police, Crash dan banyak lagi.

Langkah 2: Pilih Ikon ‘Place’

Klik ikon ‘Place’ dan aplikasi tersebut akan meminta anda memasukkan gambar kedai. Anda boleh mengambil gambar papan tanda kedai anda ataupun rekaan kedai anda bagi memudahkan pengguna mengenali lokasi yang dituju.

Langkah 3: Masukkan Nama Kedai

Pastikan anda menggunakan nama kedai yang telah didaftarkan atau kata kunci yang menggambarkan kedai anda.

Sebagai contoh jika, anda membuka kedai makan, maka letakkan perkataan ‘Kedai Makan’ di hadapan dan diikuti dengan nama perniagaan anda seperti ‘Kedai Makan Tajria’.

Kemudian pilih kategori dan masukkan alamat berkaitan kedai anda. Setelah selesai, klik ‘Done’ pada bahagian bawah laman.

Langkah 4: Menambah Maklumat Lain

Setelah selesai, anda perlu mengklik ikon lokasi berwarna ungu dan anda akan melihat ikon titik tiga. Klik ikon tersebut dan pilih ‘Edit’.

Sunting dan tambah maklumat lain seperti waktu operasi kedai, nombor telefon dan juga laman web kedai anda. Dengan adanya maklumat seperti ini, ia memberikan informasi yang lebih tepat kepada pelanggan anda.

Langkah 5: Lakukan Carian

Akhir sekali, untuk mengetahui sama ada kedai anda sudah boleh mula diakses dan dicari pengguna, anda boleh mencuba menaip nama kedai anda dan semak pada hasil carian yang dikemukakan.

Mudah bukan? Semoga tips ini bermanfaat untuk pemasaran perniagaan anda pada era pandemik ini. Selamat mencuba!

Komen