Untuk rumah yang berdekatan dengan kedai makan, pastinya akan banyak haiwan-haiwan kotor yang akan berkeliaran di kawasan sekitarnya. Bertambah buruk lagi jika ia masuk di rumah dan merosakkan barang di rumah anda.

rat beside Starbucks plastic up

Selalunya untuk mengetahui jika terdapat tikus di rumah anda, anda kan mendapati:

  1. Kesan najis tikus sama ada. dibawah katil, rak makanan dan juga kawasan sinki rumah anda. Najis ini biasanya berbentuk panjang dan berwarna hitam.
  2. Anda juga mungkin akan mendapati kesan gigitan pada bekas makanan, ataupun peralatan dapur.

Sama seperti lipas dan perosak lain, tikus ini biasanya lebih baik aktif pada waktu malam. Jadi, pastikan sebelum tidur anda menutup segala ruang kecil yang membolehkan mereka masuk ke dalam rumah anda.

Cara Menghindarkan Tikus Dari Rumah Anda

Adalah penting untuk anda mencegah kemasukan tikus sebelum menjadi lebih parah. Hal ini kerana, selain ia merosakkan barang di rumah, mereka juga mendatangkan risiko kesihatan yang serius seperti wabak Bubonic, demam gigitan tikus, hantavirus dan salmonella.

Oleh itu, berikut adalah beberapa langkah pencegahan yang boleh anda praktikkan:

Pasang perangkap tikus

Perangkap tikus merupakan salah satu kaedah yang paling berkesan untuk menyingkirkan tikus yang merosakkan rumah anda. 

Letakkannya di kawasan yang paling kerap dan mudah untuk dimasuki mereka seperti di pintu dapur, lubang jamban, kawasan tong sampah dan lain-lain.

Pilih perangkap tikus yang bersesuaian:

Snap Traps: Perangkap tikus ini paling kerap digunakan dan antara yang paling mudah dan pantas untuk membunuh tikus.

Image result for snap traps

Perangkap Elektrik: Perangkap tetikus ini akan mengalirkan arus elektrik kepada tikus.

Image result for electric traps shopee
Shopee: Electronic Rat Killer

Perangkap Gam: Ia adalah perangkap yang paling murah. Ia hanya dapat digunakan sekali, menjadikannya kurang efisien daripada pilihan lain.

Shopee: Perangkap Gam

Perangkap Tangkap Langsung: Ia merupakan bekas besi atau perangkap dengan pintu yang diaktifkan pemicu, yang tidak akan dibuka semula sehingga anda melepaskan tikus yang ditangkap. 

Image result for mice trap shopee

Simpan atau buang bekalan makanan mereka

Dapur adalah kawasan yang paling banyak bekalan makanan umpama syurga mereka. Oleh itu, pastikan anda menutup rapat rak, kabinet dan meja dapur.

Pastikan anda tidak meninggalkan sisa makanan di singki dan bersihkan bekas lauk sebelum masuk tidur. Untuk makanan seperti snek, anda digalakkan menyimpannya di dalam bekas kedap udara.

Bagi anda yang mempunyai kucing atau haiwan perliharaan lain, pastikan anda mencuci dan tidak meninggalkan makanan di dalam bekas makanan mereka.

Pastikan rumah anda berbau harum dan wangi

Serangga dan haiwan seperti tikus ini biasanya tidak menyukai rumah atau kawasan yang berbau wangi. Oleh sebab itu dengan meletakkan lemon di kawasan pintu dan tingkap, ia akan menghindarkan haiwan tersebut daripada masuk.

Selain itu juga, anda juga boleh memasang humidifier dengan wangian essential oil di ruang  dapur untuk menghalang mereka daripada masuk.

______________________________________________________________________

Berikut adalah tiga tips dan kaedah yang boleh anda praktikkan dalam menyingkirkan tikus dan serangga perosak daripada rumah anda. Semoga ia bermanfaat.


 

Lihat profil
Lina Rosli

1165 artikel di Tajria.