Carian
KyoChon Hadir Dengan Menu Bebas Daging – Meat Free Wrap Dan Bibimbap
February 16, 2021 Lina Rosli

KyoChon Hadir Dengan Menu Bebas Daging – Meat Free Wrap Dan Bibimbap

Selepas KFC Zero Chicken Burger menawarkan burger tanpa daging ayam sebenar, kini Kyochon Malaysia juga mengikut jejak langkah dengan penawaran menu bebas daging yang kini boleh didapati disemua rangkaian kedai makanan Kyochon di Malaysia yang terpilih.

Menu terbaru ini hadir dengan variasi hidangan untuk Bibimbap yang menawarkan hidangan tanpa daging ayam yang dinamakan Meat Free Bibimbap. Ia hadir dengan kepingan ayam ataupun Schnitzel Bebas Daging dari Harvest Gourmet yang mana diluarnya diselaputi dengan serbuk rangup.

Selain Bibimbap, anda juga boleh mendapatkan roti tortila atau wrap yang juga menggunakan kepingan ayam tanpa ayam sebenar. Anda juga boleh mendapatkan hidangan ini dalam pilihan Soy dan juga Spicy.

Walau bagaimanapun, menurut Kyochon, hidangan ini bukanlah pen awaran khusus untuk pengamal diet vegan kerana minyak digunakan untuk menggoreng bukanlah minyak vegan.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya bermula hari ini menerusi pesanan di laman rasmi KyoChon ataupun pesanan melalui perkhidmatan GrabFood pada harga bermula RM21.

  • Meat Free Bibimbap pada harga RM26
  • Meat Free Wrap pada harga RM21.

Anda juga boleh mengunjungi rangkaian kedai KyoChon di 1Utama, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Pearl Shopping Gallery, MyTOWN Cheras, Arcoris Mont Kiara, IPC, IOI City Mall, IOI Mall Puchong, SS2 Petaling Jaya, Central i-City Petronas Jalan Plumbum, The Gardens Mall, Bandar Botanic Klang dan juga Bangi. Namun, pastikan anda mematuhi SOP yang dikeluarkan MKN sewaktu makan di kedai fizikal.

Komen