FashionValet Mula Menawarkan Pesanan Fesyen Melalui WhatsApp
Bermula sebagai platform edagang yang memfokuskan kepada penawaran kelengkapan fesyen moden, FashionValet sememangnya tidak ketinggalan dalam mempelbagaikan akses pembelian kepada pengguna.
Sebelum ini, FashionValet telahpun memperkenalkan aplikasi mudah-alih untuk pengguna Android dan iOS. Nampaknya, bagi melancarkan proses pembelian secara atas-talian, jenama ini turut hadir dengan sebuah lagi penawaran terbaru iaitu khidmat pesanan item fesyen melalui aplikasi WhatsApp yang dikenali sebagai FashionValet Personal Shopper Service.
Dengan pembukaan perkhidmatan pesanan atas-talian WhatsApp, ia nampaknya akan menarik dan memudahkan lagi pengguna untuk memesan kelengkapan fesyen mereka dengan mudah.
Malah, ia dilihat menggalakkan interaksi antara pengguna dan pembeli peribadi. Melaluinya, pengguna boleh menanyakan dan mengetahui maklumat yang lebih jelas mengenai item yang mereka perlu inginkan.
Jadi, sudahkah anda membuat pesanan untuk keperluan fesyen anda hari ini melalui WhatsApp FashionValet?
Jika belum, anda boleh menekan paparan pautan di bio Instagram FashionValet. Kemudian pilih ‘Order with with us on WhatsApp’ dan mulakan pesanan anda.
Ataupun, anda juga boleh terus melakukan pesanan item di talian WhatsApp +6016 600 7098 bermula hari ini. Servis ini hanya aktif pada hari Isnin hingga Ahad pada jam 10 pagi sehingga 10 malam sahaja. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman Instagram FashionValet.