Lina Rosli Diterbitkan 17 February 2021

Bagaimana Untuk Mengelakkan Rambut Kusut? Ikuti 7 Kaedah Ini

Bagaimana Untuk Mengelakkan Rambut Kusut? Ikuti 7 Kaedah Ini

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan rambut anda menjadi kusut dan bergumpal. Antaranya termasuk:

  1. Rambut terlalu kering
  2. Melepaskan rambut sewaktu tidur
  3. Tidak menyikat rambut

Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda tips penjagaan rambut yang boleh anda praktikkan bagi mengelakkan rambut menjadi kusut dan rosak.

Merapikan rambut menggunakan conditioner

Jika anda mempunyai rambut yang kering, perapi ini bertindak baik dalam melicinkan dan melembutkan helaian rambut. Hal ini kerana ia akan mengembalikan kelembapan dan menjadikan rambut anda tidak kusut. 

Untuk menggunakannya, anda disarankan untuk membiarkan selama beberapa sebelum mula mencucinya. Semasa menggunakan perapi juga, anda perlu memberi perhatian lebih pada hujung rambut.

Bilas dengan air sejuk

Ini adalah langkah yang mudah tetapi berkesan. Pancuran air panas akan mengakibatkan pori kutikula rambut terbuka dan menyebabkan kekusutan dan keriting. Jadi, apabila bilas dengan air sejuk akan menutup kutikula anda dan mencegah kerosakan dan kekusutan. 

Tidak membuat simpulan tuala pada rambut

Apabila anda memusingkan dan menggosok rambut anda dengan tuala kain dengan kuat, ia akan menyebabkan rambut gugur dan patah. Ia juga mengganggu struktur kutikula, mengakibatkan hujungnya pecah dan rambut kusut. Sekiranya anda ingin mengeringkan rambut, biarkan kering sekitar 80% sebelum menggosoknya dengan tuala.

Elakkan Menggunakan Pengering Rambut

Alat pemanas rambut seperti blowdryer, pelurus dan pengerinting rambut yang digunakan secara berterusan tanpa menggunakan pelindung haba boleh mengeringkan rambut anda sekaligus menyebabkan kekusutan. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, gunakan alat ini pada tetapan panas rendah atau sederhana. 

blonde hair

Memilih dan menggunakan sikat dengan gigi yang jarang

Anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan sikat dengan sisir yang rapat kerana ia akan merobek batang dan menyebabkan kerosakan rambut yang lebih teruk.

Untuk menyikat, mulakan sikat dari hujung dan diikuti dengan menyikat hingga ke akar umbi. Malah, anda juga boleh menyikat rambut anda sebelum mandi bagi mengelakkan rambut anda daripada kusut sewaktu mencuci.

red and black hair brush

Gunakan sarung batal yang diperbuat daripada bahan bukan kapas kasar

Elakkan sarung bantal kapas kerana teksturnya kasar dan cenderung mengeringkan dan merosakkan rambut anda. Hal ini kerana geseran pada sarung tersebut akan menyebabkan helaian rambut bersimpul dan kusut. Anda juga boleh mengikatkan rambut dengan sanggul yang longgar sebelum tidur untuk mengelakkan kusut.

Minyak rambut anda secara berkala

Untuk memberi rambut kelembapan yang menyeluruh, minyak kelapa organik adalah kaedah terbaik untuk rambut yang perlu anda praktikkan. Urut sedikit minyak kelapa pada akar rambut. Anda juga boleh mencampurkan minyak kelapa dengan minyak jojoba dan zaitun untuk menghilangkan kekusutan dengan berkesan.

Berikut adalah beberapa tips mudah yang boleh anda ubah dalam proses penjagaan rambut harian. Semoga tips ini bermanfaat dan menawarkan hasil yang berkesan.