Banyak Gangguan Sewaktu Menyiapkan Tugasan? Ini 3 Aplikasi Yang Boleh Anda Muat-Turun
Tidak dinafikan, gajet seperti telefon pintar dan tablet adalah salah satu faktor yang mengganggu fokus sewaktu belajar. Tambah lagi, bagi anda yang kerap menatal garis masa media sosial pada kebanyakan masa.
Oleh itu, hari ini Tajria ingin berkongsi kepada anda beberapa aplikasi yang boleh anda muat turun untuk membantu anda mengurangkan gangguan sewaktu belajar atau semasa menghadiri kelas atas-talian.
Engross
Engross membantu anda menentukan dan mengatur jadual anda. Dengan menetapkan aktiviti dan tugasan yang perlu dilakukan, Engross berfungsi sebagai penggera. Ideanya untuk anda belajar menjadualkan tugas yang paling memerlukan perhatian paling banyak.
Menarik mengenai Engross juga, anda boleh menjejaki masa dan pertumbuhan pekerjaan anda. Selain itu, ia hadir dengan fungsi menyekat aplikasi yang tidak diingini secara automatik semasa sesi dijalankan.

Muat turun: Engross App Store, Engross Play Store
Focus Plant – Pomodoro Timer
Ia adalah sebuah aplikasi yang bersifat interaktif dan gamifikasi yang membantu anda dalam meningkatkan kawalan diri dan menghilangkan gangguan penggunaan media sosial.
Aplikasi ini berfungsi dalam membantu orang mengurus masa mereka dengan lebih baik dan memberi tumpuan kepada perkara-perkara penting dalam hidup mereka. Kadang-kadang disiplin diri tidak cukup untuk menjauhkan kita dari telefon.
Melaluinya, pengguna perlu mengumpulkan titisan hujan yang mana mempunyai tetapan masa tertentu.

Muat turun: Focus Plant App Store, Focus Plant Play Store
Flat Tomato – Pengurusan Masa

Flat Tomato adalah aplikasi pengurusan masa yang membantu anda meningkatkan produktiviti dengan mengawal diri daripada gangguan platform media sosial dan mengesankan masa yang dihabiskan untuk setiap aktiviti.
Untuk menggunakannya, anda boleh muat turun aplikasi Flat Tomato di peranti iOS dan tetapkan aktiviti yang anda ingin lakukan. Kemudian, letakkan had masa untuk anda menyiapkan sesuatu tugasan.
Muat turun: Flat Tomato App Store