Bagaimana Cara Menghilangkan Kesan Karat – Di Kain Seperti Baju, Karpet?

Kotoran karat adalah salah satu kesan kotor yang paling sukar untuk dibersih dan dihilangkan dari kain. Ia memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi untuk mendapat hasil yang baik.

woman holding green textile inside room

Untuk pengetahuan anda, kesan karat biasanya tidak dapat dihilangkan dengan teknik pencucian biasa. Selain itu, jika anda menggunakan peluntur klorin, ia akan mengakibatkan kesan tersebut menjadi kekal.

Bukan itu sahaja, kesan karat juga sangat sukar untuk dibersihkan dari bahan atau pakaian yang diperbuat daripada kapas. Jadi, elakkan bahan berasal daripada kapas semasa anda menggunakan besi atau logam berkarat.

Tips Untuk Menghindari Karat

Sekiranya anda sering menemui ksan karat pada pakaian anda yang baru dicuci, anda mungkin perlu melihat persekitaran atau peralatan mencuci anda. 

  1. Pertama, ia mungkin disebabkan sumber air anda mengandungi bakteria besi yang boleh menyebabkan perubahan warna pada pakaian anda.
  2. Kedua, mereka mungkin disebabkan oleh pemanas air, paip atau bekas simpanan yang berkarat.

Bagaimana Menghilangkan Kotoran Karat Pada Kain?

Ada beberapa bahan atau produk rumah yang boleh anda cuba seperti garam, lemon dan cuka untuk mencuci dan menghilangkan kesan tersebut.

Garam

Ia mempunyai hasil yang baik pada kesan karat. Caranya, campurkan garam dan air sebagai larutan. Kemudian, gosokkan dengan lembut sehingga anda merasakan perbezaannya.

Jus Lemon Atau Cuka Epal

Lemon mempunyai keupayaan untuk membersihkan noda kerana ia bersifat asid. Oleh itu, anda boleh menyapukan jus lemon terus pada karat dan biarkan ia untuk 15 hingga 20 minit. Selepas itu, gosokkannya dengan lembut dan tambahkan sedikit lagi titisan jus lemon pada kesan karat tersebut.

Pastikan anda periksa kain setiap beberapa ketika untuk memastikan jus lemon tidak melunturkan warna kain.

Cuka Putih 

Cuka putih mempunyai kesan yang sama dengan jus lemon. Celupkan kain yang terkena karat atau karpet anda dalam larutan campuran cuka putih selama tiga puluh minit. Ini akan mengurangkan noda berkarat sepenuhnya. Kemudian basuhkannya dengan air sejuk yang bersih untuk menghilangkan kesan cuka.

clothes hanging near window during daytime

Jika kotoran masih lagi tidak hilang setelah mencucinya, ulangi langkah yang sama atau cuba pelarut atau pembersih lain. Jangan masukkan pakaian yang berwarna karat ke dalam pengering kerana panas yang tinggi akan menjadikan kesan tersebut kekal. Biarkan ia kering dibawah cahaya matahari sahaja.