Nursyafika Diterbitkan 18 February 2021

Gaya hidup zero waste : Cara untuk mengurangkan sisa

Gaya hidup zero waste : Cara untuk mengurangkan sisa

Tidak membuang sisa sampah sama sekali adalah mustahil tetapi jika anda memilih gaya hidup zero waste, anda akan memberi perhatian lebih terhadap keadaan sekeliling.

Apa itu gaya hidup zero waste?

Memberi komitmen untuk mengurangkan apa yang diperlukan, menggunakan kembali seperti barang yang boleh dikitar semula, dan mengompos sisa makanan yang tidak dapat digunakan.

Apa masalahnya dengan sampah dan mengapa kita harus mengurangkan sampah yang kita hasilkan? Kita telah terlalu selesa mengamalkan gaya hidup pakai buang. Semakin banyak kita menggunakan barang pakai buang, semakin banyak sampah perlu dihantar ke tapak pelupusan sampah. 

Tempat pembuangan sampah adalah merupakan antara penyumbang besar kepada pencemaran. Kita perlu mengurangkan penggunaan pakai buang dan menggunakan barang yang boleh digunakan semula lebih banyak untuk mengurangkan sisa toksik seperti. Tahukah anda, sebilangan besar sampah kita sebenarnya tidak sampai ke tempat pembuangan sampah. Sebilangan besar sampah adalah plastik yang kemudian hanyut ke laut. Plastik ini sangat merbahaya bagi lautan, kehidupan laut, dan kesihatan kita. 

Kita juga tidak boleh bergantung sepenuhnya terhadap kitar semula. Banyak negara mempunyai sistem kitar semula yang baik tetapi tidak cukup dengan hanya mengitar semula. Ianya terlalu banyak untuk diproses, dan selain itu banyak masa dan tenaga dihabiskan. Seseorang boleh membuat banyak perubahan dengan hanya berkomitmen untuk mengurangkan sisa sampah dan lebih peka terhadap sampah. Oleh itu, adalah penting untuk setiap individu untuk menjalankan tugas masing-masing.

Cara-cara untuk mengurangkan sisa:

  • Mengurangkan pembelian. Sekiranya anda tidak memerlukannya, jangan beli. Sekiranya anda meluangkan masa dan memikirkannya, banyak perkara yang anda ada tidak perlukan. 
  • Gunakan apa yang anda sudah ada. Gaya hidup zero waste bukan bermaksud anda harus membeli barang baharu untuk menerapkan gaya hidup ini, tetapi cukup dengan menggunakan barang sedia ada.
  • Hapuskan penggunaan pakai buang kerana sampah utama adalah disebabkan penggunaan plastik.
  • Membeli secara pukal. 
  • Membawa barang anda sendiri seperti beg runcit mahupun peralatan makanan.
  • Tidak menggunakan tuala kertas / tissue. Ianya tidak mesra alam sekitar dan anda boleh menggunakan tuala kain.
  • Gunakan sabun buku kerana sabun cecair menggunakan botol plastik yang tidak mesra alam.
  • Tahukan anda berus gigi plastik yang anda gunakan semasa kecil masih wujud sehingga ke hari ini kerana ianya tidak dapat dikitar semula? Gunakan berus gigi buluh kerana ianya boleh dikitar semula dan mesra alam sekitar. 
  • Berhenti menggunakan putik kapas, gunakan besi stainless steel  untuk membersihkan earwax. 
  • Gunakan pisau cukur besi yang tahan lama daripada menggunakan pisau cukur plastik.
  • Hentikan penggunaan plastic wrap dan gunakan beeswax wrap yang boleh digunakan bertahun lamanya.

Melangkah ke arah kehidupan zero waste boleh kelihatan menakutkan tetapi tidak seperti yang anda lihat. Kita semua dapat melakukannya jika kita meletakkan keutamaan demi masa depan dan peka akan alam sekitar.

Ambil satu langkah pada satu masa supaya ianya dapat diterapkan dalam kehidupan kita. Di samping itu, kehidupan ini akan membantu kita mengelakkan penggunaan yang berlebihan dan membazir.