Carian
Adakah anda ketagih kafein?
March 4, 2021 Nursyafika

Adakah anda ketagih kafein?

Adakah anda ketagih kafein? Adakah anda seorang yang tidak dapat memulakan hari tanpa secawan kopi? Adakah anda mungkin seorang yang sentiasa bergantung kepada kafein? Jika ya, anda mungkin ketagih kafein. Jika tidak mengawal pengambilan kafein, ianya boleh mendorong kepada ketagihan, toleransi dan simptom seperti kekejangan otot, kegelisahan, sukar untuk tidur dan lain-lain.

Anda juga harus tahu, bahawa kafein bukan sahaja terdapat dalam kopi malah teh juga mengandungi kafein. Kandungan kafein dalam teh tidak sebanyak di dalam kopi tapi ianya boleh memudaratkan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. 

Sebelum saya berkongsi cara mengurangkan ketagihan kafein, anda perlu mengambil perhatian tentang ‘withdrawal symptoms’ yang mungkin terjadi jika anda berhenti mengambil kafein. Antaranya ialah 

keletihan
rendah tenaga
tidak waspada pada sekeliling
mengantuk
emosi tidak baik dan rasa tidak puas hati
murung
kesukaran menumpukan perhatian
mudah marah
kegelisahan

Terdapat juga simptom seperti muntah dan loya. Simptom-simptom ini boleh bermula seawal 12-24 jam tanpa kafein, dan kemuncaknya pada 20-51 jam. Withdrawal symptoms ini boleh berterusan sehingga 9 hari.

Jadi, apakah yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan ketagihan mahupun menghentikan pengambilan kafein? Anda boleh menggantikan minuman kafein anda kepada yang tidak berkafein contohnya seperti air teh herba, air lemon, dan kopi tanpa kafein. Anda juga harus meningkatkan pengambilan air yang cukup. 

Selain itu, anda juga digalakkan bersenam kerana bersenam adalah perangsang semulajadi untuk badan dan sistem saraf. Bersenam 3 kali seminggu amat digalakkan ianya juga membantu anda untuk tidur lena pada waktu malam.

Walaubagaimanapun, proses ini tidak berlaku semalaman, anda haruslah bersabar dan berhati-hati supaya emosi anda tidak terganggu serta tidak menganggu kehidupan seharian. Jika anda berasa terlalu sukar untuk menghentikan pengambilan kafein secara 100%, anda boleh cuba mengurangkan minuman berkafein anda secara berkala, contohnya anda biasa mengambil 3 cawan kopi setiap hari, jadi anda kurangkan secara berkala sehingga 1 cawan kopi sahaja. Seterusnya anda boleh mencuba untuk berhenti sepenuhnya. 

 

 

 

Komen