Adakah terdapat masalah pada penyaman udara kereta anda yang mana ia tidak menyejukkan ruang walaupun telah lama dihidupkan? Jika ya, maka anda perlu memeriksa beberapa perkara pada penyaman udara anda sebelum menghantar kenderaan anda ke bengkel.
Sekiranya penyaman udara anda tidak menyejukkan kereta anda, terdapat lima perkara yang perlu anda periksa iaitu:
Jadi hari ini, Tajria akan berkongsi kepada langkah pemeriksaan dan penyelenggaran penyaman udara mudah yang boleh anda lakukan sebelum merujuk kepada mekanik kenderaan anda.
Jika anda sudah memeriksa kesemua perkara ini, maka langkah lain yang boleh anda ambil adalah menganalisa komponen pada penyaman udara kenderaan anda.
Compressor adalah bahagian atau komponen penting untuk sistem penyaman udara kereta anda. Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia akan menyebabkan kereta tak sejuk walaupun telah dihidupkan. Malah, kos penukaran compressor juga tinggi.
Biasanya isu ini agar sukar untuk didianogsis kerana ia perlu diperiksa menerusi sistem pemwayaran (wiring) bagi mencari puncanya. Hal ini kerana, tiada arus elektrik yang disalurkan menjadi ia sukar untuk dikendalikan.
Jika berlaku seperti ini, anda perlu memeriksa ruang enjin anda untuk mengetahui sama ada wayar rosak atau pecah. Atau, anda lebih disarankan untuk membawa kenderaan anda ke bengkel untuk diagnosis lebih lanjut.
Condenser ataupun pemeluwap berfungsi untuk menyejukkan udara di dalam kereta. Ia adalah alat yang memindahkan haba panas setelah ia dimampatkan. Ini dilakukan dengan menggunakan aliran udara yang melalui bahagian depan kereta anda semasa anda memandu.
Sekiranya pemeluwap ini tersumbat, maka ia tidak dapat menyejukkan bahan pendingin dengan betul dan hanya akan menyebabkan penyaman udara kereta anda mengeluarkan udara panas.
Di kebanyakan kenderaan, pemeluwap ini terdapat di bahagian depan kereta, jadi ia boleh dilihat dengan mudah jika terdapat sesuatu yang menghalangnya.
Apabila penyaman udara kereta anda mempunyai paras tekanan pendingin yang rendah, ia akan menghasilkan suhu rendah yang akan akan membekukan gegelung penyejat.
Apabila gegelung penyejat membeku, penyejuk cecair sejuk mengalir melalui saluran penyejuk menyebabkan kelembapan di udara membeku. Hasilnya, penyaman udara anda tidak akan dapat menyerap haba yang cukup melalui gegelung sekaligus menjadikan tidak mengeluarkan udara sejuk.
________________________________________________________________________
Terdapat banyak perkara yang boleh menjadikan penyaman udara anda menjadi tidak sejuk atau tidak beroperasi dengan baik. Jadi, pastikan anda meluangkan sedikit masa untuk membuat tugas penyelenggaraan mudah seperti membersihkan segala kotoran di penapis dan juga pemeluwap.