Tak Terkata – Cinta Sejati Menjadi Derita Yang Buatku Gila
Seumur hidup aku, aku tidak pernah mempunyai hubungan cinta yang erat, sejati, atau saling sayang menyayangi. Ketika sekolah, itu sekdar cinta monyet. Itu pun bertahan sekitar tiga bulan sahaja. Biasalah cinta monyet, suka-suka, acah-acah – alaaaa… budak sekolah lagi kan. Sebelum zaman SPM..
Selepas lebih kurang tiga tahun, aku mula masuk ke sebuah universiti tempatan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma. Di sini aku mula berkenalan dengan pelbagai orang. Ada yang jadi kawan, ada yang jadi musuh ada juga yang jadi kawan – tetapi pada masa yang sama juga adalah musuh. Apa mat saleh kata, frenemy?
Aku mula melihat seorang gadis ini, dia kelihatan seakan gadis kampung tetapi mempunyai ciri seakan seorang gadis bandar. Dia peramah, mudah menjadi kawan, mesra dengan semua orang, cantik belaka – Oh, sungguh manisnya. Ketika ini aku masih muda, belium matang. Usia masih 17 tahun belum masuk 18 lagi. Jadi aku tidak berani untuk bersemuka untuk menjadi lebih dari kawan.
Usah kata itu, cara untuk bersemuka, ayat pembukaan – apa yang patut aku kata – ucap? ceramah? apa? apa? APA? ARRRGHHHHH…
Aku memang bodoh dan buntu. Jadi aku biarkan begitu sahaja. Lama kelamaan, hatiku mula berdebar. Jantung berdegup kencang, pantang sahaja lihat dia mesra dengan lelaki lain. Aku rasa seakan cemburu – tetapi sepatutnya tidak. Bukan ada apa-apa pun. Tapi itulah yang aku rasa.
Akhirnya dia bersama dengan orang lain.
Aku pun teruskan kehidupan, kononnya ingin fokus belajar dahulu. Cari jodoh selepas tamat diploma.
Tahun demi tahun, aku usaha demi usaha – sehinggalah berjaya sambung ke peringkat sarjana muda. Ketika ini sudah 3-4 tahun selepas diploma.
Kebetulan, aku bertemu kembali dengan gadis yang sama. Kami hanya kenalan sahaja. Tidak pernah rapat, tidak pernah lepak, kalau berbual berdua pun sebelum ini hanya mengenai kelas. Aku ingin cuba beranikan diri. Ketika ini aku sudah 20-an.
Sebelum aku teruskan cerita aku. Nama aku Zack. Sudah semestinya bukan nama sebenar. HAHAHHAHA. Nama si gadis ini pula adalah Zira.. Amacam, matching tak? HAHAHAH. Okay, untuk universiti pulak – korang kena Google sendiri. Universiti aku pernah ada kes rasuah melibatkan staf, ada kes politik melibatkan pelajar.
Okay, aku satu kelas dengan Zira. Kami bertegur sapa, kemudian habis. Perbualan kami tamat begitu sahaja. Sehinggalah selepas 1 tahun lebih, barulah kami mula rapat. Itu pun selepas nama aku Zack mula dikenali orang ramai kerana kebolehan aku yang tiada pada pelajar lain yang satu batch dengan aku.
Kami mula berada dalam satu kumpulan projek bersama, makan bersama, lepak bersama, dinner bersama dan banyaklah bersama. Lama kelamaan, hatiku kembali berdebar seperti beberapa tahun yang lepas. Hatiku kata, umur sudah melebihi 20 tahun. Tiada lagi isitlah cinta monyet, jika aku benar ingin bercinta dengan Zira, aku kena serius, matang, mula bertanggungjawab dan kena menjadi insan yang lebih soleh.
Aku masih malu-malu lagi. Tetapi kami rapat. Berkongsi cerita peribadi, sakit ke, balik kampung ke, masalah ke – saling membantu. Sehinggalah satu hari, dia masuk ke hospital kerana satu penyakit yang misteri. Dia mudah sakit, setahun sekali pasti ke hospital dan doktor hanya boleh beri antibiotik dan masukkan air sahaja.
Saat ini, aku rasa sebagai seorang kawan baik, rapat, dan sukakan Si Zira ini – aku call dia dan cuba beri dia semangat dan ketenagan dan ingatkan dia mengenai agama, jangan lupa solat dan lain-lain. Dari call biasa ke video call.
Dia mula nampak yang aku sayang dia, serta ambil berat. Ketika ini aku memang sudah suka dia, sayang, mungkin sudah jatuh cinta. Tetapi aku masih belum bersedia.
Tiba-tiba, nada suara dia berlainan. Cara dia bercakap lebih lembut, malu, dan dapat dengar yang dia gementar tetapi cuba beranikan diri. Ini sambil dalam panggilan telefon tadi. Dia mula luahkan perasaan kepada aku.
WOIIIII!!!!! NI KERJA LELAKI…. AKU DAH PRACTICE UNTUK AKU YANG CONFESS!!!! INI DIA PULAK… APA AKU NAK CAKAP… AKU TAK TAHU… dalam hati aku macam inilah reaksi aku.
Fuhh, seram. Aku yang sedang gementar cuba beranikan diri dan tenang lalu bercakap – “Zira, Zack kawan Zira. Zack sayang Zira. Zack amik berat tentang Zira. Kalau itu yang Zira rasa, Zack nak terima Zira. Zack nak jaga Zira, Zack janji Zack boleh didik Zira, bawa ke jalan yang lurus, dan InShaAllah jadi lelaki yang terbaik untuk Zira”
Aku berani cakap macam tu, sebab aku baru habis tonton drama. Tapi SUMPAH, aku serius bukan sekadar salin dialog dari drama melayu klisye.
Lalu, kami berdua bersetuju begitu sahaja secara atas telefon untuk menjadi kekasih. Fuhh pelik, janggal. Itu baru dalam telefon.
Selepas dia discharge, aku jumpa dia dan bersemuka di perpustakaan universiti. Kami ada projek dengan rakan lain, tetapi kami cuba curi masa untuk bersemuka dan bincang. Kami matang kot, mana boleh satu call kira setel.
Dia mula berubah fikiran dan berkata – “Zack, Zira sayangkan hubungan kawan kita. Kalau kita bersama, and ada masalah Zira taknak hilang Zack. Zira x percaya konsep berkawan selepas putus” Aku pun cuba tenangkan dia dan yakinkan dia, padahal aku pun fikir hal yang sama.
Bro/Sis, aku dah bertahun nantikan saat untuk ada status berCouple, ada status berpunya – heheheh. So aku tak fikir panjang, aku cakap “Zira, Zira sayang Zack? Zira suka Zack? Kalau dua-dua tu Zira ada, kita pasti akan OK. Kita kena yakin. Belum mula belum tahu. Kalau gaduh, bukan x boleh setel.”
Berminggu-minggu perbincangan ini berterusan, tetapi sambil itu kami masih bersama untuk belajar, ke kelas, makan, balik kelas, dobi, beli barang – apa-apa sahajalah. Akhirnya selepas hampir sebulan, kami merasmikan hubungan dan status kami akhirnya – In a relationship.
Buat pertama kalinya seumur hidupku, aku rasa bahagia, aku rasa apa itu cinta, aku rasa sayang dan kami saling menyayangi. Tidak pernah bergaduh, tidak pernah ada masalah besar. Kalau ada masalah, kami berjaya selesaikan bersama dengan lancar.
Selepas sekian lama, 1-2 tahun – aku mula yakin dengan hubungan ini untuk berkongsi dengan rakan dan keluarga. Zira hanya berkongsi dengan kawan, kerana keluarga beliau larang bercinta. Tetapi adik-beradik dia sokong hubungan kami.
Kami pun berbincang mengenai tunang, rancangan bila ingin kahwin, berapa anggaran duit diperluka. Ya, serius tahap ini. Seumur hidup aku, aku tidak pernah faham erti duit simpanan – aku berjaya simpan sekitar 3K-5K. Aku lupa. Biasa paling banyak dalam akaun aku ketika zaman ini adalah 2K, itu pun duit biasiswa. HAHAHAHAHA, lepas belanja, yuran, baki 500 je sebulan. Kali ini aku ada beribu-ribu.
Sebab Zira simpan duit Zack. HAHAHAHAH.
Apabila kami sudah hampir 3 tahun? Ke 4? aku lupa. Sebab aku amik masa lebih 2 tahun untuk move-on atas satu peristiwa ini. Nanti aku cerita.
Bila sudah lama bersama, baik buruk sudah kenal. Di sini aku mula sedari yang dia ada satu masalah. Iaitu mengelak dari masalah dan katakan pada diriku, aku yang perlu mengalah dan terima kekurang masing-masing. Sekali dua aku maaafkan. Tetapi apabila kerap, hatiku mula berkata “Zack, tinggalkan perempuan ni. Dia akan kecewakan kau”.
Aku degil dan cuba bertahan.
Lama kelamaan gaduh besar berlaku, maki hamun keluar, tuduh menuduh, fitnah memfitnah, sehinggalah perkara kecil menjadi besar. Perkara ini berlaku sehingga melibatkan jiran, rakan serumah, kawan sekelas, kawan sekolah, AJK kelab, – MEMANG MENGARUT. Masing-masing ingin cari kesalahan masing-masing, sampai ke lubang cacing ungkit kisah lama.
Ada juga ungkit kisah dengan kekasih lama, WOIII…. EX AKU YANG TERAKHIR ADALAH ZAMAN SEKOLAH. KAU TU BARU JE FEW YEARS AGO.
Memang aku marah. Mengarut. Bandingkan zaman cinta monyet dan zaman serius. Dia sampai kembali berbual dengan kekasih lama dan berbincang mengenai aku. Siapa yang tidak marah. NAMPAK TAK, aku cuba sebaik mungkin untuk selesaikan cara baik.
Aku tidak banyak kawan gadis-gadis, aku tidak ada bekas kekasih yang masih bertegur sapa, aku selesaikan dengan dia dengan minta nasihat dari rakan sahaja. Kenapa Zira perlu cari kekasih lama untuk mencari ketenangan dan jawapan?
Not all men are trash. In my situation, women are also trash.
Bila tengok balik. kisah aku ada juga macam banyak sitkom popular, ada yang bodoh kelakar, ada yang bodoh tidak masuk akal ada juga yang bodoh bodoh.
Apabila aku sudah mengalah, dan keadaan sudah reda. Aku minta maaf, aku kata salah aku. Dia maafkan aku, dan juga minta maaf kerana bergaduh. Tetapi tiada tidak meminta maaf mengenai dia berkomunikasi dengan beberapa lelaki lain yang sukakan dia untuk jawapan.
Aku rasa marah. Kami gaduh kecil. Aku menangis. Dia terus berkata dengan lembut, dia tidak boleh terima aku sebab apabila aku marah – aku jerit, aku tengking, aku macam orang gila. Aku tegur dia, sekurang-kurangnya aku tidak cari perempuan lain. Dia cari.
Dia mula berkata, semasa peristiwa gaduh besar. Dia rasa kecewa dan marah. Dia contact ex dia sebab ingin tahu salah lama dia. Dia juga contact crush lama dia untuk maaf kerana tidak memilih dia konon rasa menyesal. Dia luahkan perasaan sedih ke crush, dan apabila keadaan sudah sedikit reda – aku berjumpa dengan dia untuk ucap selamat tinggal kerana ingin pindah negeri dan mencari kerja.
Dia kata padaku, dalam tempoh dia bermesra dengan crush dan ex dan dia mula jatuh cinta. Aku memang nak rasa marah, tapi apakan daya, sudah putus dah. Sudah rasmi putus. Nak marah pun x boleh.
Tapi, c’mon masa gaduh tu break-up tak official lagi kot. Dia dah berhuhu dengan lelaki lain. Sebab itulah aku ambil masa lama untuk tenang, gembira dan untuk aku hilangkan rasa sedih ini buatkan aku hampir sedikit gila.
mana taknya, bertahun cinta. sayang, ikhlas, tetapi tamat begitu sahaja.
Kini Zira sudah kahwin dengan salah seorang. Aku tak kenal masa satu mana. Walaupun dengan kawan-kawan aku bergurau maki, marah. Jauh di dalam hati, aku doakan kebahagiaan dia dan moga dia tidak mengulangi sikap yang sama dengan Si Suami. Aku pernah sayang dia, mestilah aku tahu betapa indahnya bercinta dengan dia dan betapa bahagianya aku dengan dia. Jadi untuk tidak ingin melihat ada kes rumah tangga runtuh – aku hanya boleh bantu dengan berdoa.
Kini, aku masih berseorangan. Sibuk mencari jodoh. Aku apabila berkenalan, aku bersahaja sahaja, kerana ingin mengenali seseorang dengan lebih dalam agar hatiku tidak perit seperti dulu.
Untuk bercinta dan mempunyai hubungan, kita kena ada nilai baik hati, mampu memiliki (tanggung anak bini), mudah mengawal perasaan agar cepat sembuh dan tidak perit (matang la senang cerita), ada naluri hati yang kuat, mampu menggerakkan jiwa agar sentiasa mencintai, sentiasa bersemangat, perlu sentiasa bersama dan setia, keharmonian itu kena sedia ada agar bahagia, ada sifat yang menarik untuk si dia tidak bosan, dan yang paling penting meyakinkan.