Carian
Sudahkah Anda Mencuba Pastri Di Eco Bakery – Hanya Berharga RM2.50
February 22, 2021 Lina Rosli

Sudahkah Anda Mencuba Pastri Di Eco Bakery – Hanya Berharga RM2.50

Bagi anda yang gemar mendapatkan barang keperluan rumah dan diri di Eco Shop, sudahkah anda mencuba membeli makanan seperti pastri, kopi, aiskrim dan roti di kedai Eco Bakery?

Syarikat ini dilihat telah mula memasuki industri makanan sejak awal tahun 2020 yang lepas dan kini telah mula mengembangkan rangkaian Eco Bakery ke beberapa lokasi baru termasuk di Bukit Raja.

May be an image of food and indoor

Menariknya mengenai kedai roti ini, Eco Bakery mengatakan yang mana mereka hadir dengan roti tanpa pengawet dan ditawarkan pada harga hanya RM2.50 sahaja. Menarik bukan?

Mungkin imej minum dan teks yang berkata 'Bamboo Salty Coffee 竹盐咖啡 2C0 2COBAKERY BAKERY Combination of Arabica and Robusta Coffee Beans specially imported from Brazil, Columbia and Vietnam'

Menurut laman Facebook Eco Bakery, cawangan pertama rangkaian ini dibuka di Segamat, Johor. Ia kini telah diperluaskan di Selayang dan juga Bukit Raja.

Berikut adalah senarai alamat untuk kedai Eco Bakery yang boleh anda kunjungi bermula hari ini:

  • Eco Bakery Segamat, A008, U Sentral, Jalan Utama 3/2, Taman Utama, 85000 Segamat, Johor
  • Eco Bakery Selayang, Prima Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
  • Eco Bakery Bukit Raja, No. 9 (Ground and First Floor), Jalan Astaka 1A/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor

Jadi apa tunggu lagi, bagi anda yang ingin mengunjungi rangkaian Eco Bakery ini, pastikan anda mengamalkan jarak 1 meter dan mematuhi saranan MKN supaya mengurangkan risiko penularan Covid-19.

 

 

Komen