Carian
Kenali Warna Lidah Anda – Apakah Warna Yang Dikatakan Sihat?
February 23, 2021 Lina Rosli

Kenali Warna Lidah Anda – Apakah Warna Yang Dikatakan Sihat?

Pernahkah anda mengetahui yang mana lidah memainkan peranan penting untuk tubuh manusia? 

Untuk pengetahuan anda, lidah juga adalah organ pencernaan yang mana ia berfungsi dalam memudahkan pergerakan makanan semasa mengunyah dan menelan. Selain organ pencernaan, ia juga berfungsi dalam membantu manusia menyebut perkataan sewaktu bercakap.

Namun, untuk hari ini Tajria ingin berkongsi mengenai warna lidah yang berbeza bagi mengetahui masalah kesihatan yang dialami.

Apakah Warna Lidah Yang Sihat?

Kebiasaannya, warna lidah yang sihat ini kelihatan seperti warna merah jambu dengan sedikit warna putih nipis di atas permukaan lidah. 

Jika anda perasan, di atas permukaan lidah akan terdapat nodul kecil yang dikenali sebagai papillae. Ia berfungsi dalam menampilkan deria. rasa yang berbeza yang mana akan menentukan sama ada makanan anda manis, masin, tawar, pedas dan juga pahit.

Bagaimana untuk mengetahui warna lidah yang tidak sihat?

Untuk mengetahui sama ada terdapat masalah pada kesihatan menerusi lidah, anda boleh berdiri di hadapan cermin dan keluarkan lidah anda. Perhatikan sama ada kelihatan warna asing iaitu selain dari merah jambu pada lidah anda. Jika ya, periksa warna tersebut dan anda mungkin perlu mendapatkan. rawatan dari doktor.

Berikut adalah warna lain yang mungkin terdapat pada lidah anda dan apa makna disebaliknya:

Coklat

Ini biasanya tidak berbahaya dan disebabkan oleh apa yang anda makan dan minum. Walau bagaimanapun, penggunaan tembakau adalah penyebab lain dari lidah coklat, kebiasaan berbahaya yang berpotensi menyebabkan tanda-tanda barah mulut di lidah, seperti luka.

Kelabu

Lidah berwarna kelabu dikatakan berpunca daripada masalah pencernaan. Selain itu, ia juga mungkin menunjukan masalah seperti ulser peptik atau eksim.

Merah

Jika lidah anda berwarna merah, ia menunjukkan bahawa anda mungkin kekurangan vitamin B, keradangan, terkena jangkitan bakteria, penyakit darah dan juga masalah jantung.

Namun ada juga keadaan di mana ia disebabkan oleh penyakit seperti demam berdarah, eksim dan penyakit Kawasaki iaitu keradangan saluran darah melibatkan kanak-kanak muda dibawah umur lima tahun.

Ungu/ Biru

Untuk lidah yang kelihatan ungu atau biru, ia mungkin disebabkan oleh masalah jantung dan peredaran darah yang lemah secara keseluruhan. Kurangnya oksigen menyebabkan jantung anda tidak dapat mengepam dengan baik. Malah, ia juga mungkin disebabkan oleh masalah paru-paru atau penyakit buah pinggang.

Hijau

Warna hijau sering menjadi tanda pertumbuhan bakteria, kulat atau ragi. Sekiranya terdapat kerosakan seperti luka pada sel lidah di mulut, warna ini boleh menyebabkan jangkitan serius. Jadi, ia sangat penting untuk mendapatkan rawatan segara untuk jika lidah anda berwarna hijau.

Kuning

Sementara kuning pula, biasanya ia berpunca daripada masalah merokok dan penggunaan tembakau yang mana kadangkala nodul anda mungkin tumbuh bukan berwarna putih tetapi sedikit kekuningan.

Dalam kes yang jarang berlaku, keadaan kesihatan yang lebih serius menyebabkan lidah menjadi kuning. Kajian menunjukkan bahawa lidah kuning boleh menjadi tanda diabetes dan juga penyakit kuning.

Putih

Lidah putih biasanya disebabkan oleh tompok-tompok putih yang tumbuh di permukaan. Ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kulat. Selain itu, lidah putih juga boleh disebabkan oleh keadaan seperti leukoplakia atau lichen planus oral, yang menimbulkan kemunculan garis putih.

Hitam

Warna yang paling berbahaya adalah warna di antara coklat gelap hingga hitam. Ia sering dikaitkan dengan bakteria yang mana berpunca daripada penjagaan mulut yang tidak betul. Apabila terdapat penumpukan sel-sel kulit mati di lidah, bakteria dan bahan-bahan lain dapat terperangkap di dalamnya. Ini boleh menjadikan lidah anda kelihatan coklat gelap atau hitam.

Namun, terdapat keadaan lain yang turut menyebabkan lidah menjadi hitam seperti merokok yang mana menjadikan papillea berbulu, kesan ubat-ubatan, radiasi dan juga pengambilan antibiotik.

Kaedah Penjagaan Lidah Yang Sebetulnya

Untuk mendapatkan lidah yang sihat, amalan penjagaan kebersihan amatlah penting. Ini bagi mengurangkan risiko bakteria sekaligus menjadikan penampilan anda lebih baik.

  1. Kumur dengan betul. Pastikan setiap kali lepas makan dan minum,  kumur mulut anda bagi mengelakkan sisa makanan tertinggal di dalam mulut yang menjadikan mulut anda kotor.
  2. Gosok gigi dan lidah. Setiap kali anda menggosok kedua-dua bahagian, pastikan hanya menggunakan tekanan lembut semasa proses ini agar tidak merosakkan lidah. Akhir sekali, bilas dengan air.
  3. Guna pengikis lidah. Anda boleh membersihkan lidah anda dengan lebih baik dengan menggunakan pengikis lidah. Alat ini terbuat dari plastik lembut dan fleksibel yang membolehkan anda mengikis lapisan lendir yang berada di lidah anda. Pastikan anda membersihkan perlahan dengan tekanan ringan.

Sumber: carillondental , myHealth , Oraluxdental

Komen