Carian
Tahukah Anda Kasut Tumit Tinggi Dicipta Untuk Lelaki, Bukannya Wanita?
February 23, 2021 Lina Rosli

Tahukah Anda Kasut Tumit Tinggi Dicipta Untuk Lelaki, Bukannya Wanita?

Pada masa kini, kasut tumit tinggi ini sangat popular dalam kalangan wanita. Ia bukan sahaja menjadi item yang menyerlahkan gaya fesyen harian, malah ia juga dikatakan membantu dalam meningkatkan keyakinan si pemakainya.

Terdapat pelbagai jenis kasut tumit tinggi yang ada di pasaran. Dan yang mengejutkan adalah ia melebihi 20 jenis kasut yang boleh anda dapatkan. Antaranya termasuklah stileto, kitten heel, wedges, block heel, sling back, the mule, ankle strap, platform, flatform, corn heel, high heel boots, corset heel, ballroom heel, french heel, chunky heel dan banyak lagi.

10 Types of heels ideas | heels, me too shoes, high heels

Namun, tahukah anda yang mana kasut tumit tinggi ini sebenarnya dicipta untuk golongan lelaki? Yang mana jika anda perasan, untuk kasut lelaki juga sebenarnya mempunyai tapak tumit yang berbeza dan agak tinggi yang ditentukan berdasarkan kegunaannya.

Asal Usul Kasut Tumit Tinggi

Terdapat sejarah yang mana mengatakan bahawa penawaran kasut tumit tinggi ini sebenarnya adalah untuk lelaki yang pada awalnya untuk tujuan berkuda. Seperti yang dinyatakan di atas tadi, tumit ini dicipta adalah berdasarkan fungsi dan bukanlah untuk fesyen.

Ia mula dicipta pada abad ke-10 di Persia yang mana tumit tinggi ini dipanggil Killer Heels. Ia direka bertujuan untuk memudahkan askar pada ketika itu berdiri dengan stabil sewaktu memanah.

Kemudiannya, ia diguna pula oleh tentera Empayar Samarind di Iran pada tahun 875 sehingga 1005.

Lama kelamaan, kasut tumit tinggi ini mula dijadikan sebagai item fesyen yang menunjukkan pangkat atau darjat masyarakat zaman dahulu. Kasut tumit tinggi yang dikenali sebagai Power Heels diperkenalkan bertujuan untuk menunggang kuda. Pada ketika itu golongan kebanyakan tidak menunggang kuda dan ianya hanyalah untuk para bangsawan. Jadinya, kasut tumit tinggi ini dilihat melambangkan status pada ketika itu.

Bagaimana Kasut Tumit Tinggi Boleh Menjadi Item Fesyen Wanita?

Pada abad ke-18, kasut bertumit tinggi dianggap sebagai kasut wanita. Yang mana bermula daripada situ, ia perlahan-lahan ditambahkan elemen yang lebih kewanitaan yang mana tumitnya adalah lebih tipis dan runcing.

Peralihan fesyen tumit tinggi daripada lelaki kepada perempuan adalah disebabkan oleh Revolusi Perindustrian. Ia memainkan peranan yang penting dalam fesyen pada ketika itu yang mana untuk melakukan pekerjaan di kilang, lelaki harus memakai pakaian yang lebih selamat. 

Red Leather Peep Toe Heeled Sandals

Dengan aspek pergerakan dan keselamatan yang mempengaruhi sikap sosial untuk fesyen, deria fesyen lelaku dilihat berubah menjadi lebih rasional dan praktikal dalam pilihan pakaian mereka.

Jadi, dari situlah bagaimana penawaran kasut tumit tinggi berubah menjadi item fesyen untuk wanita. Fesyen tumit tinggi ini menjadi pilihan kebanyakan wanita adalah disebabkan ia menjadikan kaki mereka kelihatan lebih kecil dan menjadikan postur ketika berdiri lebih baik.

Sumber: Google Art & Culture -The High-Life Of History Man In Heels

Komen