Sardin Atau Kembung, Mana Yang Lebih Sedap Dijadikan Sandwic?
Bagi sesetengah orang, anda yang merasakan tuna kembung lebih sedap berbanding tuna sardin. Namun, apakah perbezaan rasa untuk keduanya?
Sebelum bercerita lanjut, Tajria ingin berkongsi mengenai sejarah ikan di dalam tin ini yang mana ia popular pada awal abad ke-18. Namun, untuk ikan tuna, ia mula diperkenalkan pada tahun 1904 oleh Albert P. Halfhil. Beliau mengatakan yang mana apabila ikan tuna dikukus, ia berubah menjadi warna putih dan memiliki rasa yang lembut.
Sementara untuk sandwich pula, ia mula menjadi hidangan kebanyakan masyarakat pada tahun 1965. Idea awalnya adalah makanan yang disediakan kepada para tukang masak dan diletakkan di kaunter apabila sibuk menyediakan pesanan.
Mana Yang Lebih Sedap Dijadikan : Sardin Atau Kembung?
Kedua-dua ikan dalam tin ini diawetkan dengan cara yang berbeza. Jadi, pastinya ia akan menghasilkan rasa yang tidak sama lebih-lebih lagi reaksi sesuatu bahan di dalam yang dimasak bersama rempah ratus.
Ikan kembung hadir dengan rasa yang lebih ringan
Ikan kembung mempunyai rasa yang lebih ringan daripada ikan sardin atau ikan tuna seperti tongkol. Malah isinya. juga dilihat lebih mampat dan mengenyangkan yang mungkin disebabkan saiznya yang lebih besar.
Tambahan, bagi anda yang mungkin tidak menggemari aroma yang kuat, kembung adalah pilihan yang terbaik. Hal ini kerana, jika dibandingkan dengan sardin, bau untuk ikan kembung adalah lebih lembut dan tidak begitu hanyir.
Ikan kembung lebih sukar untuk dihancurkan
Jika dibandingkan dengan ikan sardin, tekstur isinya lebih halus dan lebih mudah untuk dihancurkan. Jadi apabila dijadikan sebagai pelengkap sandwich, sudah tentu ia lebih senang untuk dimakan dan tidak memberikan rasa yang
Khasiat ikan kembung lebih tinggi
Apabila bercerita mengenai khasiat pula, ikan kembung adalah kategori ikan berlemak dan hadir dengan khasiat omega-3 yang baik untuk jantung. Namun, bagi anda yang ingin mengurangkan kadar kolestrol, ikan sardin adalah lebih baik berbanding ikan kembung.
Jadinya, yang mana lebih sedap untuk dijadikan inti untuk sandwic anda? Jawapannya adalah kembung. Hal ini kerana, untuk diet pemakanan harian, rasa ikan kembung yang lebih lembut sudah tentu tidak menyebabkan anda cepat muak. Malah, ia juga mempunyai tahap merkuri yang lebih rendah dan kurang berisiko jika anda makannya secara berlebihan.
Sumber: Foodstruct