Ikuti Cara Untuk Membersihkan Pengisar Cepat Dan Mudah
Bagi anda yang kerap menggunakan pengisar untuk mengisar lada dan bawang, kotoran tersebut agak sukar untuk ditanggalkan dan dibersihkan jika dibiarkan untuk tempoh yang lama.
Jadinya, anda disarankan untuk terus membersihkan pengisar selepas selesai menggunakannya. Namun, untuk beberapa kes, jika mengisar bawang dan lada, ia cenderung untuk meninggalkan bau pada bekas pengisar.
Jadi, hari ini Tajria ingin berkongsi tips penjagaan pengisar anda agar kekal bersih dan wangi.
Cara Membersihkan Pengisar – Kotoran Degil Seperti Lada, Cili
Untuk tips yang pertama, Tajria akan bekongsi cara membersihkan pengisar.
Bahan yang diperlukan:
- Air panas
- Sabun pinggan mangkuk
Cara membersih:
- Tuangkan air panas ke dalam pengisar. Ia bagi menanggalkan kotoran dengan lebih mudah.
- Tambahkan sabun pinggan dan campurkan dengan air panas tadi.
- Kemudian, tutup permukaan pengisar dan cuba hidupkan mesin tersebut.
- Biarkan ia kisar larutan dalam tempoh 10 hingga 15 saat.
- Selepas selesai, keluarkan air dan bila botol pengisar bagi memastikan tiada lagi kesan sabun yang tertinggal.
Bahan Yang Boleh Menghilangkan Bau Busuk Pada Pengisar
Untuk tips yang kedua pula, anda boleh menanggalkan dan menghilangkan bau yang tidak diingini pada pengisar anda menggunakan bahan ini:
- Serbuk Kopi
- Perahan Lemon
- Ekstrak Vanila
Menggunakan Kopi
- Masukkan sama ada biji kopi atau serbuk kopi ke dalam mesin pengisar.
- Anda boleh menambah sedikit air bagi membantu kelancaran sewaktu mengisar.
- Tinggalkan untuk sekitar 15 hingga 30 minit dan bilas dengan air cucian bersih.
- Atau anda juga boleh meletakkan biji kopi lembap ke dalam mesin pengisar yang telah dibasuh dan biarkan ia semalaman.
Masukkan perahan lemon atau ekstrak vanila
- Ambil sehelai surat khabar dan tambah perahan limau ataupun ekstrak vanila bersama dengan sedikit air.
- Kemudian, kisar surat khabar dan masukkan ke dalam botol pengisar. Masukkan penutup dan biarkan selama kira-kira 24 jam.
- Selain surat khabar, anda juga boleh menggunakan tuala kertas.
Beikut adalah beberapa langkah dan tips yang boleh anda cuba dalam mengurus rumah dan dapur anda agar lebih bersih dan kemas. Selamat mencuba!
Jangan lupa untuk kongsikan juga tips anda dalam pengurusan dan pembersihan rumah anda bersama Tajria.