Koleksi dUCK Alphabet – Hadir Dengan 26 Rekaan Tudung, Baju Dan Aksesori
Baru-baru ini, The dUCK Group telah hadir dengan koleksi terbaru dibawah siri The Alphabet dUCK. Ia melancarkan produk dan item fesyen yang ditawarkan dalam 26 corak dan warna berbeza untuk tudung bawal, selendang, twillie, baju jumper, beg membeli belah, rantai kunci dan banyak lagi.
Sebelum ini pada tahun 2016, jenama ini telahpun hadir koleksi abjad yang pertama yang menampilkan rekaan abjad dengan padanan warna yang lebih lembut dan cerah. Jika dibandingkan keluaran kali kedua ini, ia membawakan siri dengan warna yang lebih berani dan terang.
Mengulas mengenai corak yang ditampilkan, koleksi ini hadir dengan 26 pilihan abjad dari A sehingga Z yang dilukis bersama elemen bunga. Elemen ini direka berbeza untuk setiap abjad yang mana sememang memberikan hasil yang cantik dan menawan selain sesuai dipadankan dengan pelbagai item fesyen yang lain. Makanya, dengan penawaran yang berbeza ini, bukankah anda perlu membelinya lebih daripada satu?
Dari segi bahan kain yang digunakan pula adalah jenis matte satin silk. Untuk anda yang menginginkan tudung anda terletak kemas sepanjang hari, maka koleksi kali ini sememangnya pilihan yang cukup sesuai untuk anda. Tambahan pula, kain ini, ia bukan sahaja mudah untuk digosok, malah ia juga tidak panas dan sangat sesuai untuk cuaca di Malaysia.
Untuk baju jumper pula, dia hadir dengan warna pejal (solid) bersama rekaan kecil abjad pada bahagian atas baju.
Bagi yang berminat, anda boleh mula mendapatkan koleksi ini di kedai atas-talian atau menerusi aplikasi mudah-alih FashionValet dan juga di semua rangkaian kedai fizikal dUCK di seluruh Malaysia pada hari ini pada harga bermula RM730 untuk set The Alphabet dUCK ini.