Carian
Adakah Kicap Memberikan Kesan Buruk Pada Kesihatan?
February 25, 2021 Lina Rosli

Adakah Kicap Memberikan Kesan Buruk Pada Kesihatan?

Untuk sesetengah individu, kicap adalah bahan penting dalam hidangan yang mana dikatakan sebagai penambah perasa. Tidak kira untuk lauk ataupun dicampurkan didalam goreng-gorengan, ia semestinya menjadikan hidangan anda bertambah lazat.

person dripping black liquid from small white ceramic bowl to big white ceramic bowl

Namun persoalannya di sini, adakah pengambilan kicap secara berlebihan tidak menjejaskan kesihatan? Atau adakah memakan kicap setiap hari akan hadir dengan beberapa kesan sampingan?

Jadi, hari ini Tajria ingin berkongsi serba sedikit mengenai kicap yang perlu anda ketahui.

Asal Usul Kicap

Kicap adalah ramuan yang berasal dari kacang soya dan gandum. Ia telah diperkenalkan di China lebih daripada 2,500 tahun yang lalu. Jika anda lihat, untuk kebanyakan hidangan makanan China dan Jepun biasanya menggunakan kicap sebagai bahan asas.

Cara pembuatannya telah berubah secara signifikan menyebabkan perubahan ketara dari segi rasa dan tekstur selain turut hadir dengan beberapa risiko kesihatan.

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat banyak jenis atau variasi kicap yang boleh anda dapatkan di pasaran. Antaranya kicap pekat, kicap manis, kicap lemak, kicap cair dan banyak lagi.

Proses Pembuatan Kicap

Secara tradisionalnya, kicap dibuat dengan merendam kacang soya di dalam air dan kemudiannya dipanggang dan ditambah dengan gandum hancur. Seterusnya, kacang soya dan gandum tersebut akan dicampurkan dengan bahan kultur dan dibiarkan selama dua hingga tiga hari untuk berkembang.

Setelah selesai, campuran tersebut akan ditambah dengan air dan garam dan dibiarkan sekali lagi dalam tangki fermentasi selama lima hingga lapan bulan. Kicap yang berkualiti tinggi hanya akan terhasil sekiranya menggunakan penapaian semula jadi.

Namun disebabkan prosesnya yang lama, jadi kebanyakan syarikat pengeluar kicap ini akan menambah bahan kimia yang dikatakan jauh lebih pantas dan murah. Kaedah ini dikenali sebagai hidrolisis asid, dan ia dapat menghasilkan kicap dalam beberapa hari dan bukannya berbulan-bulan.

person pouring coffee on black ceramic mug

Jadi, adakah kicap boleh membahayakan kesihatan? Jawapannya ya jika diambil dengan kerap. Hal ini kerana, kicap moden mengandungi sejumlah besar bahan amina seperti histamin dan tiramina. Pengambilan histamin secara berlebihan akan mengakibatkan kesan toksik apabila dimakan dalam kuantiti yang banyak. Anda juga cenderung untuk mengalami gejala seperti sakit kepala, berpeluh, pening, gatal, ruam, masalah perut dan perubahan tekanan darah.

Walau bagaimanapun, ada kajian yang mengatakan kicap mungkin dapat memberikan beberapa manfaat kepada saluran pencernaan. Manfaat ini berkaitan dengan penciptaan karbohidrat unik yang disebut oligosakarida. Sebilangan mikroorganisma yang terlibat dengan penapaian kicap mengandungi enyzmes yang dapat memecah serat yang terdapat dalam kacang soya.

Selain itu, walaupun kicap dianggap sebagai makanan masin, namun ada satu kajian juga yang menunjukkan kandungan natrium didalam kicap berbeza daripada makanan tinggi garam yang lain. Apabila kicap diperam dengan cara tradisional, banyak protein yang terdapat dalam kacang soya dipecah menjadi molekul kecil yang disebut peptida. Peptida ini berfungsi dalam menghalang aktiviti enzim dari menyekat saluran darah kita sekaligus mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Sumber: Healthline, WFH Foods

Komen