5 Perkara Menarik Di Google Docs Yang Boleh Anda Cuba
Bagi anda yang kerap menggunakan aplikasi atau platform untuk menulis dokumen, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada ada tips dan trik menarik yang boleh anda gunakan pada laman Google Docs. Selamat mencuba!
Lakukan carian dengan mudah menerusi fungsi Explore
Anda boleh membuat carian dan penyelidikan terus dari dokumen. Hal ini kerana, Google hadir dengan fungsi menganalisis dokumen dan mengesyorkan laman web berdasarkan perkataan atau gambar yang berkaitan.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu klik tab Tools dan klik Explore. Seterusnya, Google akan memaparkan cadangan carian yang telah dianalisa melalui dokumen terus pada bar sisi Google Docs. Dengan ini, anda tidak perlu membuka halaman baru untuk melakukan carian.
Mencari pautan menerusi perkataan di dalam dokumen
Selain menawarkan cadangan untuk carian pada dokumen, Google Docs turut hadir dengan ciri memudahkan anda untuk menambah pautan pada perkataan yang anda inginkan.
Sebagai contoh, anda ingin meletakkan pauatan laman untuk Kinto One. Anda hanya perlu memilih perkataan berkenaan, dan kemudian tekan right-click dan pilih Link. Di bawah, anda akan lihat senarai cadangan laman berkaiatan yang ditawarkan oleh Google.
Sekiranya anda tidak tahu apa yang anda mahu pautkan, tunggu sebentar dan Google Docs akan menawarkan hasil carian yang lain pada bahagian Explore. Klik “Find More” dan panel carian akan memaparkan hasil carian yang lain yang menepati pilihan anda.
Terjemah fail dokumen ke bahasa lain
Bagi anda yang tidak mengetahui, Google Docs. adalah salah satu komponen di bawah Google Drive yang mana ia menawarkan beberapa ciri yang menarik termasuk menukar bahasa untuk dokumen anda kepada bahasa yang diingini.
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu pergi tab Tools dan kemudian pilih Translate Document.
Selepas itu, anda akan melihat pilihan bahasa yang ditawarkan. Menariknya ia akan diterjemahkan secara serta merta.
Menukar Teks Gambar Kepada Dokumen
Google hadir dengan fungsi menukar teks gambar kepada dokumen. Ianya boleh dilakukan menerusi fail yang dimuat naik ke Google Drive. Fail teks gambar ini. boleh dimuat naik dalam format .JPEG, .PNG, .GIF, atau PDF dalam fail kurang dari 2MB ke dalam Drive.
Untuk mula menukar gambar kepada teks:
- Pergi ke drive.google.com dan klik kanan pada fail yang dikehendaki.
- Klik ‘Open With’ dan pilih Google Docs.
- Ia akan terus dieksport ke Docs. Ia akan menukar fail gambar kepada teks tetapi beberapa format lain pada gambar tidak dapat ditukar seperti
jenis fon, rajah dan juga jeda baris.
Menukar suara kepada bentuk teks
Akhir sekali, anda boleh menaip menggunakan audio atau suara anda. Sama seperti Microsoft Word, anda boleh menggunakan Google Docs untuk menerjemahkan suara anda ke dalam teks.
Untuk menggunakannya, anda boleh perlu memasang mikrofon atau input audio untuk mula menaip. Kemudian, pilih Tools pada paparan bar menu dan kemudian klik Voice Typing. Anda juga boleh memilih bahasa yang ingin digunakan seperti Bahasa Melayu, English dan banyak lagi.
________________________________________________________________________
Jadi itu adalah beberapa perkara menarik yang. boleh anda cuba pada Google Docs. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dan memudahkan lagi anda menyelesaikan tugasan mengikut waktu yang ditetapkan.