Lina Rosli Diterbitkan 25 February 2021

Adakah Burger King Bakal Menawarkan Burger Dengan Ikan Salmon?

Adakah Burger King Bakal Menawarkan Burger Dengan Ikan Salmon?

Burger King sememangnya sangat dikenali dengan penawaran burger yang cukup berbagai. Dan antara burger mereka uang cukup ikonik adalah burger daging flame-grilled atau lebih dikenali sebagai Whopper.

May be an image of food and text that says "BURGER KING Visual is for illustration purposes only."

Namun baru-baru ini, menerusi laman rasmi Facebook Burger King Malaysia, mereka telah hadir dengan poster acah yang memperlihatkan ikan salmon yang dihiris menjadi kepingan nipis. Tidak pasti sama ada ia bakal disajikan bersama burger atau menu lain, namun ia kelihatan Burger King bakal hadir dengan satu lagi menu baru pada 26 Februari 2021 ini. 

Jadi, apakah pendapat anda? Adakah penawaran menu baru dari Burger King ini membuatkan anda teruja untuk mencubanya?