Hokkaido Salmon Mentaiko – Jom Cuba Burger Ikan Dari Burger King
Nampaknya telah menjawab persoalan semalam berkenaan menu apakah yang bakal diperkenalkan oleh Burger King pada hari ini.
Burger King kini kembali dengan menu baru yang pastinya tidak rugi untuk anda cuba iaitu Hokkaido Salmon Mentaiko. Ia adalah burger dengan kepingan salmon bersama-sama dengan tomato, bawang, keju Amerika dan juga sos Mentaiko.

Jadi untuk anda yang berminat, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan burger salmon terbaru daripada Burger King bermula hari ini.
Berikut adalah senarai harga yang boleh anda dapatkan:
- Hokkaido Salmon Mentaiko Ala Carte RM15.00 (Grab)
- Hokkaido Salmon Mentaiko Medium Set RM19.50 (Grab)
- Hokkaido Salmon Mentaiko Large Set RM21.50 (Grab)
- Double Hokkaido Salmon Mentaiko Ala Carte RM19.30 (Grab)
- Double Hokkaido Salmon Mentaiko Medium Set RM23.80 (Grab)
- Double Hokkaido Salmon Mentaiko Large Set RM25.80 (Grab)
Layari laman rasmi Burger King Malaysia untuk maklumat lanjut.