Telekung Naelofar Kini Dilancarkan – Boleh Dapatkan Juga Salema Sejadah
Masih dibawah koleksi Naelofar Silk Road Journey, jenama ini telah memperkenalkan dua lagi produk terbaru iaitu Inaya Telekung dan juga Salema Sejadah.
Apa yang menarik perhatian Tajria adalah, berbanding kebanyakan jenama telekung lain yang lebih memilih kain jenis cotton synthetic dan juga chiffon dalam penampilan telekung mereka, Naelofar nampaknya menampilkan sedikit kelainan dengan bahan kain yang digunakan iaitu satin silk.
Masih mengenai Inaya Telekung lagi, ia hadir dengan tona warna neutral iaitu beige, putih dan juga hitam. Bagi menaikkan lagi elemen minimalis tersebut, mereka membawakan corak yang sangat ringkas iaitu garisan kasar yang membentuk corak empat segi jika dilihat dari jauh.
Sama seperti telekung, Salema Sejadah juga membawakan warna yang seakan sama dengan telekung. Namun, dari segi corak rekaan pula ia hadir dengan konsep gabungan floral dan geometri.
Bagi anda yang berminat, Inaya Telekung dan juga Salema Sejadah boleh didapati bermula hari ini di laman web Naelofar, atau dapatkan juga menerusi akaun rasmi Instagram Naelofar sementara stok masih anda.