Carian
Ini Adalah 3 Jenis Ubat Gigi – Yang Manakah Sesuai Untuk Anda?
February 26, 2021 Lina Rosli

Ini Adalah 3 Jenis Ubat Gigi – Yang Manakah Sesuai Untuk Anda?

Memilih ubat gigi yang bersesuaian bukan sesuaru perkara yang mudah. Hal ini keranaanda perlu mengetahui keperluan gigi anda agar ia dapat memberikan hasil yang baik dan sempurna.

Sebilangan besar ubat gigi mengandungi fluorida yang membantu dalam menguatkan enamel gigi dan melawan bakteria yang boleh menyebabkan. kerosakan pada gigi. 

girl with red and white toothbrush in mouth

Dalam penjagaan gigi juga, anda dinasihatkan untuk memberus gigi dua kali sehari dengan ubat gigi fluorida. Namun, bagi anda yang mempunyai alahan pada fluorida, makanya anda perlu mendapatkan ubat gigi yang lain dan bersesuaian.

Jenis Ubat Gigi

Jika anda lihat di pasaran, terdapat beberapa jenis ubat gigi yang dicipta untuk pelbagai jenis keperluan.Antara jenis ubat gigi yang tersedia adalah:

  • Ubat gigi untuk memutihkan gigi
  • Ubat gigi untuk gigi sensitif
  • Ubat gigi dengan fluorida dan tanpa fluorida

Apa yang membezakan ubat gigi ini?

Secara amnya, ketiga-tiga ubat gigi boleh didapati dalam bentuk gel dalam tiub dan boleh dikatakan kesemua bekas pembungkusan adalah sama. Namun, yang membezakannya adalah bahan-bahan yang digunakan di dalamnya iaitu: 

  1. Agen abrasif atau lebih dikenali sebagai bahan pembersih. Contoh agen pembersih ini adalah kalsium karbonat, gel silika dehidrasi, magnesium karbonat, garam fosfat dan silicate. Bahan ini berfungsi untuk menghilangkan plag dalam mulut yang mana membantu mengelakkan kerosakan pada gigi anda.
  2. Fluorida. Ia adalah salah satu bahan terpenting yang perlu dicari ketika memilih ubat gigi. Ia adalah mineral semula jadi yang melindungi gigi daripada rosak. Fluorida tidak hanya menjadikan enamel pada gigi lebih kuat, malah ia juga memberikan sumber mineral semula jadi pada kawasan pada gigi yang sudah mulai reput.
  3. Perisa. Lazimnya ubat gigi merangkumi perasa agar rasa lebih enak. Perasa yang digunakan biasanya pudina dan buah-buahan.

Tips Membeli Ubat Gigi

Bagi anda yang mempunyai masalah gigi sensitif seperti sensitif terhadap suhu yang membuat anda berasa tidak selesa, maka elakkan ubat gigi yang memberikan rasa sejuk seperti ubat gigi yang mengandungi bahan pudina. Anda mungkin ingin memilih ubat gigi berfluorida tinggi kerana ia dapat mengurangkan rasa sakit yang berkaitan dengan gigi sensitif.

Sekiranya anda mengalami reaksi alergi terhadap fluorida. Anda boleh periksa kepekatan fluorida pada ubat gigi yang ada dipasaran. Cari ubat gigi yang rendah fluorida iaitu kurang dari 1,000ppmG, namun ia akan menawarkan perlindungan terhad.

Akhir sekali, pastikan anda melihat panduan ramuan yang disediakan pada kotak ubat gigi dalam menentukan ubat gigi yang bersesuaian.

Sumber: Research Gate

Komen