Lina Rosli Diterbitkan 1 March 2021

Berapakah Jenis Sotong Yang Boleh Dimakan?

Berapakah Jenis Sotong Yang Boleh Dimakan?

Sotong, Kurita, Kalamari adalah beberapa panggilan untuk sotong yang sering anda dengari dan tersedia di dalam menu di restoran. Namun, apakah perbezaan untuk jenis-jenis sotong ini?

Secara umumnya, jika anda ke pasar anda akan melihat banyak jenis sotong, namun tahukah anda perbezaannya? Sama juga seperti udang, jenis sotong ini masih hadir dengan rasa sotong, namun ia berbeza dari segi tekstur dan juga saiz.

Apakah Perbezaan Sotong?

Sotong, kurita dan cuttlefish ini tergolong dalam kumpulan haiwan yang disebut Cephalopoda. Ia adalah moluska dengan simetri badan dua hala, kepala besar, dan mempunyai tentakel. Kebiasaannya moluska ini juga dikenali sebagai haiwan tanpa tulang. Di bawah moluska terdapat beberapa jenis haiwan lain termasuk siput, lintah, kupang dan tiram.

white and gray fish on white sand

Sotong

Kumpulan sotong ini adalah yang paling sering dijumpai dan dimakan di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, sotong ini mempunyai lapan lengan dan dua tentakel yang mereka gunakan untuk menangkap mangsanya. Sotong sering hidup berpasangan sementara kurita kebanyakan tinggal bersendirian.

Dari segi saiz pula,  ia cenderung berbentuk panjang, lebih kecil dan biasanya lebih keras berbanding tekstur kurita atau sotong bulat (cuttlefish).

Kurita

Untuk kurita pula, saiznya jauh lebih besar dari sotong dan sotong bulat. Ia memiliki lapan tentakel yang lebih panjang dan lebih besar.

brown and white animal skull

Perbezaan kedua antara gurita dan sotong, ia adalah satu-satunya yang tidak mempunyai cengkerang yang mana jika dilihat secara kasar, ia hanya mempunyai kepala besar dan tentakel sahaja. Kurita juga mampu mengubah warna kulitnya dan menggunakannya sebagai penyamaran.

Sotong bulat atau cuttlefish

Sotong memiliki cengkerang dalaman yang disebut “cuttlebone” menjadikannya paling lambat dan paling tidak fleksibel. Mereka bergerak menggunakan sayap di sisi badan mereka. Jika dibandingkan dari segi mata pula, gurita dan sotong mempunyai mata membulat, tetapi sotong mempunyai mata berbentuk W. Mereka juga memiliki badan yang lebih gemuk dan bulat.

Jenis Sotong Yang Boleh Dimakan

Terdapat beberapa jenis sotong yang boleh anda jumpa di perairan laut Malaysia seperti:

  1. Kurita. Jika anda makan di kedai jepun, kurita atau disebut chuka idako adalah antara menu yang paling popular bagi penggemar sotong mentah. Walau bagaimanapun, teksturnya sedikit liat dan mempunyai tentakel yang jelas rasanya.
  2. Sotong torak. Dari segi saiz, ia adalah yang paling besar dan sangat sukar untuk didapatkan. Ia juga mempunyai badan dan sesungut yang panjang dari sotong cumit.
  3. Sotong jarum. Ini adalah jenis sotong yang boleh dikatakan popular dan paling banya dicandat. Hal ini kerana ia bergerak secara berkumpulan. Malah ia juga. mudah didapati di kawasan berhampiran pantai yang memudahkan para nelayan untuk mendapatkannya. 
  4. Sotong cumit. Ia hadir dengan saiz yang lebih kecil dan mempunyai isi yang lembut dan tidak liat. Selain itu, sotong ini paling banyak diburu kerana ia mempunyai rasa telur yang enak selain mempunyai nilai yang tinggi jika dijual.
red and white sea creature

Jadi, berikut adalah beberapa jenis sotong yang perlu anda ketahui. Semoga ia membantu anda membuat pilihan jika ingin membelinya di pasar selepas ini. Selamat mencuba!