Tips Penyediaan Makanan Berkhasiat Untuk Kanak-Kanak Yang Bersekolah
Pemakanan yang baik adalah penting untuk memberikan khasiat untuk untuk anak-anak anda. Lebih-lebih lagi apabila mereka sudah mula bersekolah. Hal ini kerana, penyediaan makanan yang lengkap dengan khasiat membantu anda untuk mereka sentiasa cerdas dan cergas.
Tidak dinafikan sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan yang penting dalam membantu anak-anak anda mendapatkan hidangan yang berkhasiat. Ia bagi melatih anak anda memilih makanan yang diperlukan oleh minda dan fizikal mereka. Salah satunya adalah dengan menyediakan bekal yang dibuat dari rumah.
Menyediakan Bekal Yang Dilengkapi Setiap Kumpulan Makanan
Rancangan makanan yang sihat dan berkhasiat akan disediakan mengikut kumpulan piramid makanan seperti karbohidrat, protein, fiber, mineral, vitamin dan lemak sihat.
Untuk mendapatkannya, antara menu yang boleh anda sediakan adalah:
- Nasi Goreng + Bebola Sayur Campur + Ayam Goreng
- Mee Goreng + Bebola Sayur Campur + Telur
- Nasi Putih + Sup Sayur dan Ayam
Untuk anak anda yang tidak menggemari sayur, anda boleh menyediakan sayur yang bukan di dalam bentuk aslinya seperti bebola atau nuget. Anda juga perlu memotongnya dengan lebih kecil supaya ia mudah untuk dimakan dan dihancurkan.
Malah, anda juga boleh menyediakan kekacang atau biji-bijian di dalam bekal anak anda sebagai snek tambahan. Sarankan mereka untuk menghabiskan kesemua bekalan sebelum mula makan snek.
Susun Bekal Secara Menarik
Teknik ini sangat popular dilakukan oleh para ibu di negara seperi. Jepun, China dan juga Korea. Ia boleh dikatakan idea yang sangat kreatif yang membantu anak-anak anda menghabiskan hidangan yang telah disediakan.
Malah, kaedah ini juga dapat memastikan anak anda memperoleh segala khasiat yang disediakan di dalam satu bekal makanan. Penyediaan yang menarik ini juga dilihat dapat meningkatkan semangat anak anda untuk makan.
3. Bersusun
Organisasi yang baik adalah komponen penting bagi rancangan makanan yang berjaya.
Bercerita Dengan Anak Anda Tentang Khasiat Yang Disediakan Dalam Makanan
Ramai ibu bapa bimbang anak-anak mereka terlalu memilih makanan dan lebih gemar untuk mengasingkan sayuran daripada makanan mereka. Jadi untuk mengelakkannya berlaku, andaboleh bercerita dengan mereka tentang kebaikan bahan tersebut didalam makanan.
Bagaimana untuk melakukannya?
Berikut adalah beberapa cara untuk membantu menyokong tabiat pemakanan sihat anak anda:
- Makan bersama sekeluarga. Elakkan membuat komen mengenai jumlah atau jenis makanan yang dimakan anak anda. Tekanan untuk makan sebenarnya mengurangkan penerimaan kanak-kanak terhadap makanan baru atau berbeza.
- Buat dan sediakan makanan sihat untuk makanan keluarga anda. Anak-anak perhatikan makanan yang anda ambil dan sering untuk tiru cara pemakanan anda. Jadinya, sebelum anda menyuruh mereka makan makanan sihat, maka anda juga perlu mempraktikkannya sekali.
Akhir sekali, selain memfokuskan kepada penyediaan makanan, anda juga perlu memastikan pantri atau dapur anda mempunyai kelengkapan makanan dan juga snek yang baik untuk anak anda dapatkan.