KFC Original Recipe Burger – Ditawarkan Pada Harga Bermula RM10.49
Selepas hadir dengan menu burger tanpa daging ayam sebenar, nampaknya KFC kembali lagi dengan burger resipi asli iaitu KFC Original Recipe Burger.
Menurut KFC, menu ini hadir dengan kepingan ayam yang diperbuat daripada 100 peratus ayam asli. Ia kemudiannya diperap dan disaluti dengan 11 herba dan rempah ratus rahsia sebelum dimasak melalui teknik tekanan (pressure-cooked).

Seperti kebanyakan filet ayam yang lain, ia juga hadir dengan tekstur ayam yang empuk, berjus dan rangup yang sememangnya sangat menggamit selera. Sementara untuk dressing burger pula, ia dilengkapi dengan salad, mayonis dan sekeping keju lalu diapit dengan ban biijan yang lazat.
Bagi anda yang berminat, Original Recipe Burger ini boleh didapati di menu KFC bermula 2 Mac 2021. Anda boleh mendapatkannya pada harga bermula RM10.49. Antara set yang ditawarkan adalah burger À la Carte, set Original Recipe Burger Kombo dan juga The One Box.

Di samping itu juga, untuk anda yang ingin membuat pesanan untuk KFC Original Recipe Burger melalui aplikasi KFC Malaysia ataupun laman web rasmi KFC, anda boleh menggunakan kod promo ORIGINAL. Walau bagaimanapun, ia ditawarkan untuk tempoh yang terhad.