Carian
Ketahui Makanan Anti-Karsinogen, Mampu Meneutralkan Bahan Penyebab Kanser
March 2, 2021 Lina Rosli

Ketahui Makanan Anti-Karsinogen, Mampu Meneutralkan Bahan Penyebab Kanser

Tahukah anda yang mana antara makanan penyebab kanser adalah makanan yang dipanggang atau dibakar seperti ayam bakar, sate dan banyak lagi. Mengapa ia penyebab kanser? Hal ini kerana, bahagian daging yang hangus mengandungi amina heterosiklik. Sementara, semasa proses bakar pula akan menghasilkan asap yang mengandungi hidrokarbon aromatik poliklik. Kedua-dua sebatian ini yang terdapat dalam daging yang baik mungkin bersifat karsinogenik.

grilled food and corn cob on oval pan

Namun, ada juga sayuran yang juga mengandungi karsinogen seperti brokoli, bawang, strawberi dan kubis dan lain-lain. Ia adalah bahan karsinogen yang berlaku secara semula jadi yang mana dihasilkan oleh tanaman itu sendiri untuk mengelakkan daripada pemangsa.

Bukan itu sahaja, makanan yang diproses seperti sosej, nugget, bebola daging juga mempunyai sebatian yang menyebabkan barah. Sebaiknya, pilih ayam tanpa lemak, ikan atau protein berasaskan tumbuhan.

Makanan Yang Bersifat Anti-Karsinogen

Jadi, untuk mengetahui makanan apa yang mampu meneutralkan kembali karsinogen di dalam makanan yang dipanggang atau dibakar, Tajria hari ini akan berkongsi senarai makanan yang boleh anda cuba.

Berikut anda tujuh makanan yang boleh mengurangkan risiko kanser:

Tomato

Tomato mengandungi jumlah likopen yang tinggi yang mana merupakan bahan kimia yang boleh mengurangkan risiko terhadap kanser prostat. Oleh itu, anda boleh menambah tomato dalam senarai menu harian anda tidak kira mentah atau dimasak supaya ia boleh meneutralkan kembali bahan karsinogen di dalam badan lebih-lebih lagi jika anda menyediakan daging bakar sebagai menu utama.

Bawang putih

Bawang putih tidak hanya menambah rasa pada banyak makanan, tetapi juga anti-karsinogen. Maka tidak hairanlah mengapa kebanyakan masyarakat di Korea akan mengamalkan diet bawang putih apabila memakan bersama daging yang dibakar.

Menurut penyelidikan oleh Cancer Council Australia, kadar sayur alium yang tinggi seperti bawang putih dan bawang merah mampu mengurangkan risiko kanser perut.

Bijirin penuh

Ada juga kajian yang mendapati bahawa makan bijirin membantu melindungi daripada barah kolorektal. Ia termasuk bijirin gandum yang mengandungi serat seperti beras perang, roti gandum, quinoa dan oat. Selain melindungi dari beberapa jenis kanker, mereka juga dikenal dapat meningkatkan pencernaan dan menurunkan kadar kolesterol.

Ikan berlemak

Tidak dinafikan jenis ikan berlemak seperti salmon, makarel dan ikan bilis kaya dengan nutrien penting yang merangkumi vitamin B, kalium, dan asid lemak omega-3. 

Satu kajian mendapati bahawa penggunaan minyak ikan mampu mengurangkan risiko kanser lain menghasilkan kadar prostat yang lebih rendah.

Tips Untuk Mengurangkan Makanan Berkarsinogen

Untuk mengurangkan pendedahan anda kepada makanan karsinogen, terdapat beberapa amalan pemakanan yang perlu anda ubah. Antaranya:

  1. Elakkan memasak menggunakan pada api yang tinggi. Memasak atau memanggang dengan api kecil kurang dari 240 darjah bagi menghalang minyak atau lemak bertukar menjadi karsinogenik. 
  2. Tukar kaedah memasak kepada yang lebih sihat seperti kukus atau masak tanpa minyak.
  3. Simpan minyak di tempat gelap yang sejuk di dalam bekas kedap udara, kerana cepat menjadi tengik ketika terkena panas, cahaya, dan udara.
  4. Elakkan menggunakan pembungkus plastik ketika memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang mikro. Tukarkannya kepada kertas lilin dan bukannya
person grilling meat

Jadi, berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui dalam diet pemakanan harian anda. Semoga ia bermanfaat dan membantu mengurangkan risiko kanser pada masa akan datang.

 

Komen