Apakah Perbezaan Antara Produk Penjagaan Kulit Yang Mahal Dan Produk Di Drugstore?

Penjagaan kulit yang baik penting untuk memastikan kulit anda berada dalam keadaan yang sempurna. Malah, ia juga bagi membantu membuang sel-sel kulit mati sekaligus menjadikan kulit anda segar dan bersinar. 

Bagi kebanyakan fungsi utama produk penjagaan kulit adalah untuk membantu membersihkan muka anda dari jerawat, merawat kedutan selain menjaga kulit supaya tidak rosak.

Jika anda lihat di pasaran, terdapat banyak jenis produk-produk penjagaan kulit yang diperkenalkan. Dengan adanya lambakan produk ini, ia bukan sahaja memberikan anda pilihan untuk mendapatkan produk yang bersesuaian, malah ia juga mengimbangi keperluan anda untuk mengatasi masalah kulit.

Beauty Products on Table

Namun, apa yang menjadi persoalannya adalah mengapa terdapat perbezaan yang ketara untuk produk kecantikan ini dari segi harga? 

Apakah bahan yang membezakan di antara produk kecantikan dan penjagaan kulit di drugstore dan juga produk dari barisan jenama premium? 

Dan bagaimana pula dengan hasil yang ditawarkan untuk kedua-dua kumpulan produk ini?

Jadi untuk menjawab persoalan ini, Tajria akan berkongsi berkenaan perbezaan yang ketara yang menjadikan sesuatu produk itu mahal dan murah.

Apakah Perbezaan Antara Produk Penjagaan Kulit Yang Mahal Dan Produk Di Drugstore?

Secara umumnya, kebanyakan produk di bawah jenama drugstore ini dirumuskan menggunakan bahan-bahan yang baik. Cuma apa yang membezakannya adalah produk premium mempunyai tambahan produk yang diformulasikanmengikut kesesuaian, keinginan dan tujuan seseorang. Atau secara ringkasnya, ditawarkan dengan bahan yang lebih khusus.

Namun sebenarnya, perbezaan harga yang ketara ini juga disebabkan beberapa faktor lain seperti:

Pembungkusan

Untuk pengetahuan anda, penawaran harga yang ketara ini adalah disebabkan pembungkusan yang disediakan. Sebagai contoh, produk pelembap drugstore jika dibandingkan dengan pelembap premium, pastinya mempunyai jenis kotak yang lebih biasa dan rekaan botol yang tidak eksklusif. Sementara, untuk jenama premium pula hadir dengan botol kaca dan juga dibungkus dengan reben dan juga kotak yang lebih tebal.

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan jenama kecantikan ini sebenarnya duduk dibawah syarikat induk yang sama. Sebagai contoh, L’Oreal memiliki beberapa jenama dibawahnya seperti Lancome, Maybelline dan Garnier.

Manakala, Estee Lauder pula memiliki Mac, Clinique dan Bobbi Brown serta barisan produk bukan premium seperti Kohl’s.

Close-Up Photo Of Pink Lip Gloss

Target Pemasaran

Bercerita mengenai teknik pemasaran drugstore, mereka lebih menumpukan kepada individu yang baru mula untuk mencuba. Malah ia juga sangat sesuai untuk jenama-jenama ini memperkenalkan produk terbaru mereka. Hal ini kerana, untuk segeliontir produk yang baru, pastinya individu masih lagi asing dan tidak biasa dengan bahan yang digunakan. Jadinya, jenama drugstore ini adalah titik mula untuk menjadi tanda ukur sama ada produk tersebut baik atau sebaliknya.

Bagi jenama premium pula, mereka pula memfokuskan kepada pelanggan yang inginkan sesuatu yang ekstra untuk produk penjagaan muka mereka. Ia kebanyakan dibeli apabila individu mula selesa untuk memakai sesuatu produk dan inginkan lebih kesempurnaan dalam rutin mereka.

Jadi, Manakah Pilihan Anda?

Tidak kira sama ada anda lebih suka produk penjagaan kulit daripada drugstore atau jenama premium, penting untuk anda memberi tumpuan kepada bahan utama yang paling sesuai dengan keperluan kulit anda. Dalam jangka masa panjang, pilihlah produk yang dapat memelihara kulit anda dan membantu menghasilkan produktiviti kulit yang lebih baik.

Sumber: Brydie